Guna Aplikasi F&N Life beli produk F&N secara online, order bundle terus untuk Ramadhan dan Raya

Assalamualaikum. Alhamdulillah sekarang nie sudah masuk pertengahan bulan Ramadhan. Betapa cepatnya masa berlalu tanpa kita sedar. Seronok betul bulan Ramadhan nie, tambah pula bila kita dapat bersahur dan berbuka bersama keluarga. 


Guna Aplikasi F&N Life beli produk F&N secara online, order bundle terus untuk Ramadhan dan Raya | Cerita bulan Ramadhan selalunya waktu berbuka mesti nak minum air yang sedap-sedap. Paling mudah nak sediakan minuman daripada produk F&N. Boleh kata dari zaman kanak-kanak lagi, mak Fiza akan sediakan minuman berbuka puasa dengan mencampurkan kordial air minuman dengan F&N ais krim soda. Tak kisah minuman apa pun, rasanya memang kick tau. Hilang dahaga seharian berpuasa. Tiba-tiba rindu mak, saya nak balik kampung!!! 


Sekarang ini Fiza pun sediakan air dengan cara yang sama dengan mak. Tambah senang bila semua produk F&N boleh dibeli secara online sahaja menggunakan F&N Life Apps. Zaman sekarang tak perlu lagi nak bersesak-sesak kat Shopping Mall. Order je terus sampai dengan rumah. 


F&N Life mudah untuk digunakan

Dengan masuk ke App Store atau Google Play, search sahaja F&N Life, korang akan nampak lambang F&N Life dan klik download. Bila dah selesai, daftar masuk, isikan butiran diri dan emel. Kemudian pihak F&N akan menghantar emel pengesahan. Boleh lah update segala butiran penuh dan mula shopping.  

Muat turun secara percuma

Senang dan mudah guna Aplikasi F&N Life

Seronok guna apps nie. Sangat user friendly. Pertama kali muat turun pun dah boleh guna. Paling senang klik je F&N Life Ramadhan Bundle. Kat situ ada pelbagai pilihan minuman yang boleh korang dapatkan secara bundle dengan harga yang lebih murah jika nak dibanding dengan harga pasaran.

Nak beli 1 bundle, 2 bundle, order je. Cuba bayangkan kalau kita pergi mall beli banyak macam nie, memang jenuh nak tolak troli, dengan berat lagi. Memang seronok betul dapat beli online macam nie.


F&N Life Ramadhan Bundle


Lebih Nilai, Lebih Ganjaran

Untuk minuman berbuka puasa, Fiza dah order BB Raya Bundle dengan harga RM 36.90 sahaja. Kalau ikutkan harga pasaran RM 42.20. Kan banyak jimat tu. Siap ada 4 jenis minuman berperisa, 3 botol setiap satu. Ada free green packets lagi. Jangan pikir lama-lama, add to cart terus. Mana nak dapat tawaran sebegini.

Pilihan saya BB Raya Bundle




Pilihan penghantaran untuk Pembeli

Boleh pilih untuk Next day Delivery atau Normal Delivery. Kalau normal delivery tu tempoh 3-8 hari. Jadi tiada masalah kalau korang nak produk sampai cepat ke atau lambat sedikit. Nak cepat ambil je Next day Delivery tu. 


Cerita unboxing BB Raya Bundle

Eh betullah 3 hari je dah sampai, depan rumah lagi. Memang cepat betul, hari minggu pun dorang hantar. Dalam box ada total 12 botol. Berat, memang la.. sebab itu Fiza bagitahu order je online lagi senang. Tak perlu nak angkut dari kedai sampai ke rumah.

Tak sabar nak berbuka puasa dengan F&N 

Minuman 100plus pun ada

Bukan itu aje, siap dapat paket raya ekslusif lagi. Tak kan dapat kat mana-mana tau melainkan korang order online. Tapi pastikan di bundle yang korang pilih tu ada tercatat FREE GREEN PACKET. 

Percuma green packet bagi setiap pembelian BB Raya Bundle


Raikan Syawal dengan F&N Life Raya Bundle dan hadiahkan buat yang tersayang

Bundle untuk raya nanti pun ada. Senang nak sediakan masakan hari raya dengan F&N Life Raya Bundle. Ada 3 pilihan bundle. Makin meriahlah raya kalau macam ini. Lepas tu, alang-alang tak dapat pulang ke kampung raya ini, apa kata korang hadiahkan hadiahkan Pek Kasih Ramadhan kat famili di kampung. Terubat lah rindu nak pulang ke kampung tahun ini. 

F&N Life Raya Bundle

Gift for your family

Muat turun  F&N Life Apps sekarang secara percuma di App Store dan Google Play. Gandakan ganjaran dengan bersama F&N Life.

Post a Comment

12 Comments

  1. wow.. untuk hari raya kan. sedap

    ReplyDelete
  2. F&N pun dah mudah peroleh guna online pulak daa 😍

    ReplyDelete
  3. wahh ada apps sendiri ya f&n sekarang

    ReplyDelete
  4. beraya dgn f&n la tahun ni ye fiza.. siap ada sampul raya..

    ReplyDelete
  5. Senang dah boleh order online kan.. boleh lah order untuk niaga nanti nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Senang lah kalau nak beli produk f&n ni..pakai online je..mmg bagus buat online ni..mcm zaza pyh nk kuar bndr ni, sng order di hujung jari je

    ReplyDelete
  7. Wow.. Dah boleh beli secara online ea... Okay gak ni sebab mmg tgh mencari

    ReplyDelete
  8. Mantap, now F&N juga ada app sendiri, macam ni lagi mudah.

    ReplyDelete
  9. Wah senang lah lepas ni nak beli air F&N. Thru online je. Tak perlu nak keluar rumah bagai.

    ReplyDelete
  10. Senang F&N ada apps dah...baru tahu ni

    ReplyDelete
  11. beli online je senang.. xyh bersesak kat supermarket

    ReplyDelete