Nenek kirim parcel buah rambutan sebab tak boleh rentas negeri

Assalamualaikum. Nampak gayanya raya tahun ini pun tak boleh nak berjumpa mak dan abah kat kampung. Kalau ikutkan bukan jauh pun, Sg. Buloh ke Bentong tapi sebabkan ia melibatkan negeri maka terpaksa akur. Sebelum PKP 2.0 sempat juga balik kampung. Waktu itu pokok rambutan rumah mak dah berputik. Macam biasa dah janji nak balik kampung bila rambutan dah masak. Tapi apa boleh buat, datang pula PKP 2.0.


Nenek kirim parcel buah rambutan sebab tak boleh rentas negeri | Bila dah berbuah, memang semua anak-anak dan cucu tak boleh nak balik. Habis makan dek tupai. Rezeki tupai la nampaknya. Tapi nenek tetap nk kirimkan buat cucu-cucu dia. Zaman dan moden kan. Boleh je nak hantar apa pun pakai servis kurier.


Kemain seronok Thaqif dan Huwainaa dapat rambutan dari nenek. Dalam tempoh 24 jam je dah sampai. Jadinya rambutan pun elok tak buruk. Dapatlah kami makan rambutan tahun ini. 




Rambutan rumah mak memang sedap, lekang elok je. Budak-budak nie memang suka. Kami mengadap kejap je dah tinggal separuh. Beginilah nasib duduk di perantauan kan. Ala rasa sedih pula. Tak lama lagi nak raya, nampak gayanya raya pun kat Selangor lagi la.

Wassalam.

Post a comment

0 Comments