Ini barulah DORAYAKI, puas hati dapat makan

Assalamualaikum. Siapa yang tak kenal dorayaki kan. Dorayaki nie terkenal sebabkan Doraemon lah. Dari zaman kanak-kanak lagi memang teringin nak makan dorayaki. Tapi waktu itu manalah ada dorayaki nie. Tapi sekarang dah nampak banyak dan pelbagai perisa dorayaki yang dijual. 


Ini barulah DORAYAKI, puas hati dapat makan | Asalnya dorayaki intinya kacang hitam. Tapi sekarang inti dalam doyayaki dah macam-macam. Fiza pernah rasa yang dalamnya jem strawberry, jem blueberry, butter dan paling sedap coklat. 

Tapi yang Fiza nak cerita kali ini dorayaki yang Fiza beli depan SK Bukit Rahman Putra, dorayaki dia memang besar betul. Sebutir RM2.50. Sebabkan kami ada 4 orang beli terus sebekas RM10 sahaja.


Inti dalam dia coklat. Memang suka sangatlah budak-budak nie. Kena sebutir memang kenyang sampai ke malam. Memang tak habis makan untuk seorang budak. Rasa dia memang sedap, lembut, gebu pula tu. 

Tebal kan, rasa lembut dan sedap


Tapi nak dijadikan cerita, kami dapat makan sekali nie je sebab lepas itu penjual tu tak tahu pergi mana. Mustahil tiada orang yang beli atau pun dia jual di tempat lain pula. Kalau ada lagi memang Fiza akan beli lagi sebab budak-budak nie memang minta lagi nak makan.

Wassalam. 
 

Post a Comment

0 Comments