IDW Design Collection | Idea Reka Bentuk Dalaman Rumah di Malaysia dengan ruang yang selesa dan praktikal

Assalamualaikum. Salah satu aktiviti masa lapang Fiza adalah menonton televisyen dan antara rancangan kegemaran Fiza adalah dengan menonton salah satu channel berbayar yang mana siarannya berkisar mengenai rumah. Fiza paling suka tonton siaran yang memaparkan bagaimana interior designer merubah suai rumah yang lama menjadi baru. Tercetusnya rekaan moden dan tampak mewah. Dari situ mulalah rasa nak berangan. Sebab berangan tak salahkan.


IDW Design Collection | Reka Bentuk Dalaman Rumah di Malaysia dengan ruang yang selesa dan praktikal | Keinginan untuk mempunyai mahligai impian adalah impian semua orang. Tetapi ada rumah sahaja tidak cukup kalau rekaan bentuk dalaman rumah atau interior design sekadar biasa-biasa. 


Kalau nak angan-angan jadi kenyataan, mestilah cari inisiatif yang betul. Oleh sebab itu Fiza telah mendapatkan sebuah buku best interior design in Malaysia IDW Design Collection yang mana Interior designer adalah bumiputra, juga famous interior designers in Malaysia.


Cabaran Membina IDW

Interior design firm di Malaysia

IDW Design & Build (IDW) diwujudkan pada tahun 2007 oleh pasangan Lokman Hakim, yang kini CEO IDW Design dengan isterinya yang pada ketika itu umur mereka masing-masing 21 tahun dan ketika itulah mereka memulakan pembinaan syarikat dan reka bentuk dalaman.

Dengan masing-masing baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penubuhan syarikat kian berkembang setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta.

Kemudiannya, pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k yang mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang.

Keratan akhbar Utusan Malaysia


Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Mengimbau kembali pahit getir dalam meneruskan perniagaan, beliau dan pasangan pernah juga berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian.

IDr. Lokman Hakim dan isteri IDr. Rabiatul Adawiyah

Oleh kerana sering bekerjasama dan kerap mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan bersama, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Dengan itu mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.



Tragedi Kebakaran menjadi Pemangkin Semangat

Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api. Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW.

Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Mereka bertekad untuk membantu 1 juta pemilik kediaman untuk memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.


Fenomena COVID cetuskan Penerbitan Design Collection

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah. Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.


Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik. Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan.

Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan ‘New Normal’ juga, mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.



Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi.

Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti. Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik.

Outdoor decor

Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.

3D room design vs realiti ternyata sama


Apa yang saya fikirkan mengenai IDW Design Collection

Dalam IDW Design Collection terkandung 200 rekabentuk dalaman rumah yang sangat menarik dengan rekaan 3D. Sekali imbas buku ini akan nampak seolah-olah rekaan dalamannya benar-benar wujud. Disebabkan rekaan 3D nya yang sangat kemas dan mewah menjadikan setiap gambar dalam IDW Design Collection tampak seperti dunia sebenar.

Kolam renang menjadikan halaman rumah tampak mewah

Buku ini sangat membantu mereka yang ingin mendapatkan rekaan dalaman yang cantik, mewah dan elegan. Fiza suka sangat kerana setiap rekaan sangat detail. Pilih sahaja rekabentuk seperti mana yang kita mahu, bermula dari ruang tamu, ke dapur, bilik tidur, bilik air, laundry room dan rekaan bilik ibadah untuk umat islam pun ada.

Rekaan bilik dan ruang solat


Contoh reka bentuk dalaman Sebelum dan Selepas

Beberapa screenshot Fiza ambil dari Instagram IDW untuk tunjukkan betapa cantiknya dan kemasnya hasil kerja IDW. Kalau korang pun nak dapatkan design-design begini atau idea-idea lain, semuanya ada dalam buka IDW Design Collection.



Sebelum

Selepas



Sebelum

Selepas


IDW Design Collection menawarkan 200 rekaan eksklusif dengan setiap elemen dan gaya untuk setiap kawasan yang terdapat di dalam rumah, lengkap dengan lukisan terperinci, reka bentuk 3D dan rujukan konsep untuk sumber inspirasi mereka dalam membina rumah impian mereka. Jadi, bolehlah

DAPATKAN BUKU REKABENTUK INTERIOR "PLUG & PLAY" PERTAMA DI MALAYSIA SEKARANG!

PROMO RAYA RM 397 (HARGA RUNCIT: RM2897)

#IDWMalaysia
#IDWDesignCollection
#FIRSTPLUGandPLAYINTERIORDESIGNBOOKINMALAYSIA
#idwdesignnbuild
#200exclusiveinteriordesignsin1book
#bestinteriordesigninmalaysia
#houseinteriordesigninmalaysia
#interiordesigninmalaysia
#topinteriordesigninmalaysia
#topinteriordesigninselangor
#topinteriordesigninshahalam
#minimalisthousedesign
#modernhouseinterior
#bohoroomdecor
#bohemiandecor
#contemporaryinteriordesign
#houseinteriordesigninselangor
#aestheticbedroom
#livingroomdesign
#bedroominteriordesign
#Interiordesignbumiputra
#outdoordecor
#famousinteriordesigners
#famousinteriordesignersinmalaysia
#artdecointeriordesign
#3droomdesign
#decorationdesign
#interiordesignnearme

Post a Comment

7 Comments

  1. ada duit semua boleh jadi kenyataan.. hehe.. kena kumpul duit ni :)

    ReplyDelete
  2. seronoknya kalau rumah saya dapat secantik itu

    ReplyDelete
  3. Moden sangat design-design dia.

    ReplyDelete
  4. Bestnya ada buku macam nie.. boleh refer untuk deko-deko rumah kan..

    ReplyDelete
  5. Suka betul bila idw dh buat book.. Senang nk refer idea melalui buku ni

    ReplyDelete
  6. Kalau ada duit nk sgt buat..hehe..amin moga suatu masa nanti..suka tgk deco2 rumah sekarang ni..ada katalog senang nak rujuk.

    ReplyDelete
  7. I like this IDW Design Collection Book also, very details and lots of references.

    ReplyDelete