10 Tanda-tanda awal kehamilan sebelum datang haid atau "missed period"

Assalamualaikum. Semua pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti inginkan zuriat dengan cepat. Paling seronok kalau pasangan yang baru berkahwin disahkan hamil setelah beberapa minggu berkahwin atau bunting pelamin. Rezeki Allah tiada siapa boleh menidakkan. Tapi bagi yang masih mencuba dan belum diberikan zuriat, In syaa Allah, rezeki tersebut akan datang dan ketahuilah bahawa rezeki Allah itu luas.

Kadang-kadang kehamilan boleh datang tanpa dirancang oleh sebab itu betapa pentingnya ibu-ibu untuk ambil tahu tanda-tanda awal kehamilan sebagai langkah berjaga-jaga. Pengalaman Fiza sendiri mengandungkan anak pertama, alangkah terkejutnya bila mengetahui bahawa Fiza telah pregnant dengan usia kandungan telah mencecah 5 minggu.

Mujur tiada sebarang komplikasi yang terjadi kerana sebelum itu Fiza telah pergi mendaki bukit untuk berkelah di air terjun. Oleh sebab itu betapa pentingnya mengetahui tanda-tanda awal kehamilan kerana ia boleh dikesan seawal 1 minggu.


10 Tanda awal kehamilan sebelum datang haid atau "missed period" | Bagi ibu yang baru berkahwin dan tiba-tiba lambat datang bulan, berkemungkinan pregnant tetapi lewat period atau datang bulan bukanlah tanda utama untuk kehamilan. Ada 20 tanda kehamilan sebelum datang haid yang mesti diketahui. Dan ada juga boleh dikesan dalam tanda-tanda awal kehamilan 1 minggu.


Tanda-tanda awal kehamilan


1. Mudah rasa letih

Rasa letih tanpa sebab sering muncul pada awal gejala kehamilan. Keletihan umumnya berlaku kerana peningkatan kadar progesteron di dalam badan, peningkatan kadar jantung, dan perubahan sistem metabolisme badan. Elakkan daripada mengambil kafein bagi meredakan keletihan kerana ia boleh membahayakan janin.


2. Pening yang kerap

Pening selalunya disebabkan oleh rasa letih. Ini kerana penurunan tekanan darah dan penyempitan saluran darah.


3. Kemunculan kesan darah

Kemunculan bintik-bintik darah yang keluar dari faraj adalah tanda kehamilan sebelum haid lewat yang mesti diketahui. Bintik darah yang keluar adalah tanda penyambungan sel telur yang disenyawakan ke dinding rahim. Jangan risau ianya tidak banyak seperti darah haid, hanya tompok kecil sahaja.


4. Kerap membuang air kecil

Disebabkan oleh pembesaran rahim, ia menekan pundi kencing menjadikan wanita lebih kerap terasa untuk membuang air kecil.


5. Kehilangan selera makan

Nampak macam tak lojik, kehilangan selera makan pada awal kehamilan adalah disebabkan meningkatnya tahap hormon pada awal kehamilan. Ia akan membuat wanita kehilangan selera makan.


6. Kerap mual dan muntah

Mual dan muntah selalunya merupakan tanda utama kehamilan. Ini biasanya berlaku pada waktu pagi kerana pengumpulan asid perut semasa tidur. Cara untuk elak rasa mual adalah dengan tidak membiarkan perut kosong. Perlu makan sedikit-sedikit dan kerap.


7. Sembelit

Perubahan hormon yang disertai dengan tanda-tanda kehamilan sebelum haid lewat akan menyebabkan sistem pencernaan menjadi perlahan dan membuat ibu mengalami sembelit.


8. Perubahan payudara

Tanda-tanda kehamilan sebelum haid lewat adalah berlakunya perubahan pada payudara. Perubahan dalam rangkaian hormon menjadikan payudara lebih sensitif. Puting akan lebih menyerlah dan warnanya lebih gelap.


9. Mood swing

Perubahan mood atau perubahan mood secara tiba-tiba jelas akan berlaku pada awal kehamilan kerana perubahan hormon.


10. Sensitif terhadap aroma tertentu

Tanda-tanda kehamilan sebelum haid terakhir adalah penampilan loya kerana kepekaan terhadap bau tertentu. Ini kerana deria bau lebih tajam dari kebiasaan.


Ujian awal kehamilan (UPT)


Throwback UPT anak pertama


Jika ibu-ibu mengalami 10 tanda di atas kemungkinan telah berjaya hamil dan ada juga yang tidak. Jadi untuk kepastian awal boleh dapatkan Ujian Kehamilan (Urine Pregnancy Test). Jika positif tahniah ibu telah pun pregnant. Tapi ada juga yang tidak berjaya dengan hanya menggunakan UPT. Jadi eloklah terus berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.


Petua dan panduan kehamilan

Penting bagi ibu-ibu yang hamil untuk sentiasa mendapatkan nasihat doktor, menjaga pemakanan, mengamalkan gaya hidup sihat dan mengikut panduan kehamilan dari doktor serta dapatkan tips-tips kehamilan di sini. Ini bagi memastikan ibu dan bayi sentiasa sihat dan tiada sebarang komplikasi sehingga saat kelahiran.

Post a Comment

9 Comments

  1. Semoga ada rezeki Ai nak merasa. Hihihi. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Masa kinah dulu, suka sangat makan manis2 dengan kerap sakit kepala

    ReplyDelete
  3. Good sharing Fiza.. Kak Sue kalau pregnant memang mabuk teruk..

    ReplyDelete
  4. boleh ni jadi panduan.. hihihi even x awen lagiiii..

    ReplyDelete
  5. Kita ada tanda2 tu lbh kurang tp blom ada rezeki lg... Huhu...

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing this information, during the early stage sometimes we don't know we are pregnant also right.

    ReplyDelete
  7. Saya dulu sembelit masa awal preggy.

    ReplyDelete
  8. Skrg akk dh ikat dah, cukup 3 skrg ni hehe

    ReplyDelete
  9. Dah lupa dah tanda2 ngandung dulu..hahaha lama dah..pukuh tahun dah😁

    ReplyDelete