Find us on Facebook

Masuk sempadan Selatan Thailand melalui Pengkalan Hulu Betong

Assalamualaikum. Berbaki 2 hari di Baling Kedah, kami pun ambil kesempatan untuk masuk Thailand melalui Pengkalan Hulu, Perak. Selepas menghadiri kenduri kahwin, kami terus gerak ke Pengkalan Hulu Perak. Sebab itulah Fiza dan Huwainaa dengan sopan santun masuk Thailand pakai baju kurung yer. Bukan sebab raya tapi sebab baru balik kenduri. 



Masuk sempadan Selatan Thailand melalui Pengkalan Hulu Betong | Ikutkan plan kami nak masuk sempadan pada hari Ahad esok hari. Memandangkan hotel kami menginap Bayu Hotel nak ke sempadan Thailand hanya lebih kurang 15 minit, husband decide untuk buat insuran kereta dan siapkan dokumen untuk masuk sempadan pada hari Sabtu tu jugak. Jadinya esok pagi boleh la terus masuk Thailand. 


Bila dokumen semua dah siap, tengok jam awal lagi. Husband ajak masuk terus Betong. Kita pun eksited la. Masuk Betong dengan kenderaan sendiri. Kiranya ini kali kedua kami masuk Thailand pakai kereta sendiri. Sim card semua husband dah beli masa buat insurans. Makin senang yer nak masuk selatan Thai. Janji korang ada passport. 



Disebabkan dah petang, kenderaan nak ke Thailand pun dah tak banyak. Jadi memang cepatlah kami lalu imigresen, cop passport. Settle sebelah Malaysia lega. Sebelah Thailand belum lagi.

Eksited bila nampak pagar sempadan Malaysia Thailand. Ini kali pertama kami masuk Thailand melalui Betong. Agak tenang masa kami kat sini. Kereta pun tak banyak, mungkin sebab dah petang. 

Sempadan Malaysia Thailand


Malaya Thailand Border

Beratur cop passport kat sini pulak 
Betong Immigration Checkpoint 


Settle cop passport, maka bolehlah kami masuk Thailand. Bergambar kat sempadan pun dah rasa bangga. Maklumlah pergi oversea kan. Sebelum nie kami pernah masuk Thailand melalui Bukit Bunga Sempadan Buketa Immigration Checkpoint. Untuk kenangan, bergambar la banyak-banyak 



Memang kami tak pergi jauh. Masuk je Thailand kami pusing-pusing kat pekan Betong. Tapi korang nak tahu, banyakkan kenderaan plat Malaysia kat sana. Dah rasa macam kat Malaysia jugak. Yang parking kereta tepi jalan pun rata-rata rakyat Malaysia. Yelah orang sana pakai motosikal je. Jadi taklah risau sangat kalau nak jalan-jalan kat Betong.

Welcome to Betong Thailand

Mercu tanda Betong Menara Jam Betong

Jalan santai-santai je sambil cari makanan untuk balik ke hotel, terjumpalah gerai jual makanan. Time nie kami tak tukar duit pun lagi. Just guna duit Malaysia je. Dorang terima, bila ada baki duit, kita akan dapat duit Thailand. Harga makanan kat sana memang murah, memang rambang mata dibuatnya sebab ada banyak pilihan makanan dan kuih muih. 






Datang Thailand wajiblah masuk 7E. Jadinya kami pun masuklah, cari air je.  Esok kami akan cari 7E yang lagi besar. Hari nie cukup untuk buat syarat. 




Macam nielah story hari pertama masuk sempadan Thailand melalui Pengkalan Hulu. Dekat Perak tapi sempadan Kedah, tak jauh, 15 minit je. Sebab tu bagi korang yang nak masuk Thailand melalui Betong, tak nak booking hotel kat Thailand, boleh booking Hotel Bayu, hotel yang dekat dengan sempadan Betong. Tak perlu nak cari hotel kat Betong tu.

Nak booking, boleh klik link nie --> Bayu Hotel, Baling 

Jam kat sana lewat sejam. Kalau kat Malaysia dah pukul 7 petang, sana baru pukul 6 petang. Kami jalan-jalan tak lama, sebab esok kami akan masuk lagi. Ke mana kami akan pergi, korang kenalah stay tuned. 

Jom balik hotel dulu, tak sabar nak makan makanan beli tadi. 

Wassalam. 

Post a Comment

2 Comments