Find us on Facebook

K-Drama Review : Scarlet Heart

Assalamualaikum. Drama korea Scarlet Heart yang telah mendapat rating tertinggi di Korea Selatan sejak bermula tayangan serta telah memenangi anugerah di Korea Brand Awards 2016 untuk kategori K-Culture Pride.


Tajuk :   Scarlet Heart
Juga dikenali sebagai Heart Scarlet Ryeo, Moon Lovers
Genre : Drama sejarah, Romance, Fantasi
Episod : 20 
Rangkaian Siaran : SBS

Plot Penceritaan

Semasa gerhana matahari, seorang wanita abad ke-21 yang berusia 25 tahun, Go Ha-jin (Lee Ji-Eun), dibawa kembali ke zaman Dinasti Goryeo. Dia terjaga pada tahun 941, menjelma dalam tubuh Hae Soo yang berusia 16 tahun pada zaman tersebut. Dia menemui banyak pangeran keluarga pemerintah. Hae Soo pada mulanya jatuh cinta dengan Putera Mahkota ke -8 iaitu Putera Wang Wook (Kang Ha-neul), dan kemudian jatuh hati dengan Wang So (Lee Joon-gi) iaitu Putera Mahkota ke-4. 
Putera Wang So mempunyai parut di sebelah mata dan menyembunyikan mukanya di belakang topeng dan beliau dihina dengan gelaran "wolf dog". Sementara itu, persaingan dalam politik terjadi di kalangan para pemimpin dan perjuangan untuk takhta, Hae Soo mendapati dirinya secara tidak sengaja terperangkap di antara semua.

Pelakon Utama
Lee Joon-gi sebagai Putera Wang So (Putera ke-4)

 
Lee Ji-eun sebagai Go Ha-jin / Hae Soo

Kang Ha-neul sebagai Putera Wang Wook (Putera ke-8)

 Hong Jong-hyun sebagai Putera  Wang Yo (Putera ke-3)

Babak Drama 

 



Jalan cerita yang tidak terlalu berat seperti drama sejarah korea yang lain kerana ia mengisarkan perebutan takhta di kalangan Putera Mahkota dan perebutan heroin. Drama masih lagi ditayangkan dan sama-sama kita nantikan kesudahannya.


Selamat menjiwa cerita.
>_<

Post a Comment

4 Comments