Find us on Facebook

Hampir ditipu stesen minyak

Assalamualaikum.. sekarang nie kerap terdengar penipuan tentang belian minyak di stesen2 minyak. Setakat mana kesahihannya Fiza pun tak pasti sebab kalau isi minyak pun Fiza kurang ambil berat, sebab malas nak pikir dah.. biar la kalau dorg nak tipu pun tipu lah.. jawab la kat akhirat nanti.. 
Tetapi semalam, pertama kali terkena bila Fiza beli roti kat stesen minyak.. sebelum nie memang tak perasan.. Semalam tergerak hati nak tengok harga roti yang Fiza selalu beli tu.. RM 0.90.. ok.. 
Bila sampai kat kaunter, dia scan RM 1.00. 
sahih harga di RM 0.90
Fiza pun ringan mulut bertanya kenapa harga scan berbeza dengan harga yang ada pada plastik roti.. Budak kaunter tu pun tergagap-gagap bagitahu mungkin salah scan.. tapi Fiza dapat harga RM 0.90 tu.. nie bukan masalah seposen atau seringgit.. masalahnya berapa orang yang dah terkena.. 
kalau hari2 orang beli roti tu.. kan untung besar dia dapat.. lepas nie Fiza akan lebih berhati-hati.. Paling ketara kalau nak beli belah kat pasaraya G****.. memang kerap tipu harga dan kita pula yang kene alert.. dah terdesak baru la Fiza akan beli barang kat pasaraya tu.. kalau tidak jangan harap lah.. 
harap korang juga berhati-hati.. periksa senarai harga sebelum bayar.. 
Kos sara hidup makin tinggi, jangan kita tertipu dengan penjual2 yang ada di luar sana. Senang-senang nak untung dengan menipu..
Wassalam..
p/s : seposen pun duit jugak kan... 

Post a Comment

14 Comments

  1. btl tu fiza..setuju ngan fiza..:)

    ReplyDelete
  2. sampaikan akak pun sekarang nie tuang minyak pun ikut litter

    ReplyDelete
  3. ish..mencekau duit orang depan mata berani la depa ni menipu..dah kaya nak kaya lagi.

    ReplyDelete
  4. betul akak, saya pun baru belajar isi minyak ikut liter dh.

    ReplyDelete
  5. Sanggup yer dorang makan hasil menipu...

    ReplyDelete
  6. setuju kak fiza...sebagai pengguna dan pelanggan kita ada hak untuk bersuara dan kita harus pertahankan hak kita :)

    ReplyDelete
  7. Nampaknye pasni memang kene tengok betul2 time dia scan harga. Uishh..bahaya2. Sejak kos sara hidup makin tinggi, jenayah pun makin tinggi. Hurm..

    ReplyDelete
  8. Kadang benda macam ni orang tak amik berat sangat kan? Nasibla hubby Mieza jenis lepas bayar kat kaunter dia akan cek balik resit.. Kalau Mieza mmg tak la nak cek2 ni.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  9. First time dengar kes macam ni. Lepas ni kena suruh parents hati-hati sikit la

    ReplyDelete
  10. tadi isi minyak...sekarang tuang minyak ikut liter...

    ReplyDelete
  11. hah.. selalu tak buat gtu main bayar je terus. Tapi kalau pegi G**tu mmenga cek betul2 sbb diorg slalu promo kadang2 harga kat sistem tak tukar. tu yang slalu jadi harga display murah harga scan mahal

    ReplyDelete
  12. Yap btl tu fiza..mcm2 cara org nak menipu skrg ni

    ReplyDelete
  13. Kna hti2 lebih ni.. Sbb penipuan kt memana pun blh terjadi.

    ReplyDelete