Find us on Facebook

Banyaknya menu masakan Padang di Padangs On Wheels Subang Bestari, korang wajib datang dan cuba

Assalamualaikum. Masakan Minang, restoran Nasi Padang memang ada di mana-mana tambahan pula kalau area Sg. Buloh nie. Memang dah banyak restoran yang menyediakan menu dan lauk pauk Padang, cuma sedap dengan tak sedap jer. Untuk kali ini Fiza sediakan review masakan Padang di Padangs On Wheels Subang Bestari.


Banyaknya menu masakan Padang di Padangs On Wheels Subang Bestari, korang wajib datang dan cuba | Rezeki dapat lunch di Nasi Padang di Padangs On Wheels yang terletak di Subang Bestari. Teringin betul nak makan Dendeng Berlado. Lauk wajib dalam hidangan Nasi Padang. Kena pula dengan Gulai tunjang, favorite En. suami kita tu.


Menu Padang di sini memang banyak, ada lebih kurang 40 menu asli Padang serta lebih daripada 30 kuih-muih tradisi dan kontemporari setiap hari. Korang pilih je nak makan apa, sebabkan banyak pilihan, kami ambil sampai penuh la satu meja dengan lauk-pauk Nasi Padang sebab semua nampak sedap. Semua kami nak try.

Lebih 40 menu Asli Padang ada di sini

Antara menu yang kami cuba

Menu wajib cuba kalau korang lunch kat sini semestinya Gulai Tunjang, daging dendeng rangup, daging berlado, rendang minang dan kena pula dengan sambal ijo dan merah, makin tambah selera nak habaq nie.

Daging dendeng rangup

Gulai Tunjang

Udang berlado

Sambal Hijau dan sambal Merah

Kebanyakkan menu berlado

Kalau korang tengok, masakan Padang kebanyakkannya berlado. Mesti tanggapan korang akan cakap semua menu yang ada mesti pedas kan. Bagi Fiza, bila dah makan kat sini, menu dia tak berapa pedas, korang yang tak tahan pedas pun boleh makan tau.

Untuk kurangkan rasa pedas, jangan lupa try Alpokat Jus juga. The best drink ever. Sedap dan lembut je rasanya. 

Alpokat Jus

Bersama Apek owner Padangs On Wheels Subang Bestari 

Ikan keli berlado antara favorite En. Suami

Tak tahu nak makan mana dulu

Antara hidangan pencuci mulut

Kuih Muih Tradisional dan kontemporari

Suasana dan konsep restoran juga sangat cantik. Pengunjung boleh memilih untuk makan dalam ruangan berhawa dingin atau makan secara terbuka diluar restoran tapi masih berbumbung. 





Nak tahu menu apa lagi yang ada, korang kena dine in sini atau order je kat Panda atau Grab.


Kami memang enjoy makan kat sini. Bukan sahaja menunya yang sedap, malah ruang makan juga selesa dan sesuai untuk korang yang ada anak kecil makan di sini sebab ruangan berhawa dingin dan tak panas. Restoran juga besar serta patuh SOP. Korang yang teringin nak makan menu nasi Padang, boleh singgah di Padangs On Wheels terletak di:

🏠Restoran Subang Bestari, Lot 63, Jalan Nova K U5/K, Seksyen U5,Subang Bestari.

Dibuka pada hari Selasa sehingga Ahad (jam 7.30 pagi sehingga 7 malam). Isnin tutup.

Untuk penghantaran WA 018 787 4988 & mereka akan hantar guna e-hailing service.

Find us in Food Panda, Grab Food or https://padangsonwheels.oddle.me/en_MY/

Wassalam. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Banyaknya menu. Boleh datang berkali-kali untuk cuba menu yang berbeza. Masakan Padang memang sedap!

    ReplyDelete
  2. Sampai 40 pilihan lauk tu banyak betul. Saya suka masakan Padang sebab rasa rempah dan pedas tak keterlaluan

    ReplyDelete
  3. sedap nya. last mkn masa pergi indon je dah almost 5 tahun lepas. kena la try kat sini pulak. macam tiba2 teringin pula. eh.

    ReplyDelete