Wajib singgah Foodtruck Drawbridge Terengganu kalau datang Kuala Terengganu

Assalamualaikum. Terengganu memang kaya dengan makanan, sebab itu repeat staycation kat sini memang best dan tak bosan langsung. Lagi rugi kalau korang tak pernah jejakkan kaki ke Kuala Terengganu. Pantai cantik, makanan sedap, hotel dan homestay banyak. Yang penting booking awal. 


Kalau susah sangat, bawa khemah kita camping tepi pantai. Stail orang sekarang kan. Tak pening nak booking hotel bagai.  Kami tak ready nak buka khemah lagi. Kena belajar berkhemah separuh hari dulu dengan anak-anak. Nanti dah biasa, kita buka je khemah tepi pantai, tepi sungai. 


Wajib singgah Foodtruck Drawbridge Terengganu kalau datang Kuala Terengganu | Tak sangka kat KT ada Foodtruck bukan satu dua, tapi macam pasar malam. Yang menariknya kami sekeluarga berhajat untuk datang jalan-jalan tengok Jambatan Angkat, tengok lampu, lepak kat pesisir Payang. Bila sampai malam tu, tengok kenapa meriah sangat. Wah macam langkah kanan, kebetulan memang mencari makanan simple2 waktu malam. Nak minum air sedap-sedap bak kata Thaqif.


Bak kata orang, sini memang "Syurga makanan Terengganu". Korang nak makan apa, semua ada. Standby duit je sebab makanan dia pun dah harga macam kat KeyEl. Jadinya kalau ada duit semua boleh beli. Jangan membazir je. 

Kami pun memikir juga, kebetulan pun hanya dahaga, dan air memang nampak menarik kat sini. Macam-macam jenis air ada. 




Selain makanan, ada banyak tarikan lain seperti badut dengan belon, maskot bear menari-nari sambil bagi jajan. Budak-budak memang enjoy datang sini. Kita yang dewasa nie enjoy makan, dorang enjoy dengan persembahan comel maskot comel. 




Paling menarik perhatian Fiza, surau bergerak dibuat daripada bas. Memang terbaik orang-orang kat KT. 




Jangan terkejut kalau jumpa Bumblebee kat Foodtruck Drawbridge Terengganu. Alahai anak memang suka sangat lah. Bumblebee nie menari-nari tepi jalan, memang ramai la pengunjung yang kerumun, siap ajak budak-budak menari. Waktu ini Huwainaa je yang nak menari dengan Bumblebee, Thaqif sakit perut sibuk nak cari toilet.




Memang enjoy datang sini. Untung betul orang-orang kat KT. Jadi kalau waktu malam, tak tahu nak lepak mana, korang datang je kat Foodtruck Drawbridge Terengganu, dorang buka seawal 3 petang sehingga 12 tengah malam. Tutup hari Selasa dan Rabu yer. Kalau korang datang hari tu memang tak de la foodtruck nie. 

Sebab tu kami rasa macam langkah kanan ke sini. Kalau kebetulan datang hari dorang tutup, tak merasa la kemeriahan tu. Kami duduk kat sini tak lama, lepas beli makanan terus ke Pesisir Payang untuk sewa kereta bateri ronda-ronda kawasan pesisir payang tu. 

Enjoy habis sebab esok kami dah nak bertolak pulang ke Kelantan. Sambung cuti di kampung pula. 

Wassalam. 

Post a Comment

1 Comments

  1. harga food truck memang selalunya mahal sikit. thanks share Fiza. lagi sekali ke KT boleh cuba makan di sini

    ReplyDelete