AEON Limited edition Tupperware, gigih usaha kumpul stamp

Assalamualaikum. Mana tak gigih, 20 stamp baru dapat redeem 1 set tupperware. Tapi bukan redeem saja, kena tambah duit sikit. Bagi Fiza still berbaloi sebab tahu kan harga Tupperware bukannya murah. Nak pula yang limited edition macam AEON Limited edition Tupperware nie.


AEON Limited edition Tupperware, gigih usaha kumpul stamp | Kempen collect and redeem nie memang selalu ada kat AEON, tapi kalau redeem pisau ke, periuk ke memang Fiza tak berapa minat. Bila tahu ada kempen redeem kali nie Brand Tupperware, tutup mata la kita kumpul stamp. 

Kebetulan pula Fiza suka pergi AOEN untuk beli baju anak-anak. Spend RM30 dapat 1 stamp. Nak dapat 2 set nie Fiza berjaya kumpul 40 stamp bermakna habis RM 1,200. Bila tulis kat blog baru sedar besar jugak Fiza bershopping nie. 

Ada baki stamp tak sempat nak redeem

Set dia semua cantik warna pink dan purple

Nak pun kumpul stamp. Sekurang-kurangnya kita beli barang, dapat juga redeem sesuai. Nampak juga ada untung kat situ. Lagipun bukan Fiza keluarkan sedebuk duit. Beli dan kumpul. Kempen nie bermula pada bulan September 2021 dan berakhir akhir Januari 2022. 

Ingatkan dapat kumpul lagi, nampaknya tak kesampaian. Kempen dah tamat pun. 



Warna pink dan purple siapa tak tergoda. Maka tak sempat nak redeem lagi satu set. Kita simpan sini sebagai kenangan. Bekas-bekas nie semua Fiza guna, tak simpan pun walau comel. Rugi la kalau tak guna. 

Kempen dah tamat yer.. Korang yang join juga redeem nie sudi2 la drop komen kat bawah. Bagitahu korang dapat rembat yang mana. 

#collectandredeem #aeonretailmalaysia #aeonbig #aeonmaxvalu #tuppao #sayapbagimu #aeonloyaltyprogramme #myaeonworldapp #aeonmember #AEONMemberPlusVisaCard

Post a Comment

1 Comments