T-shirt Tie Dye Batik Ori Terengganu, beli sedondon lagi ngam

Assalamualaikum. Ini entry terakhir untuk staycation kami 3 hari 2 malam di Kuala Terengganu. Memang best, memang enjoy. Walaupun hujan pada hari pertama dan ketiga, tetapi hari kedua kami di sini, cuaca memang best. Siap boleh naik bot penambang, shopping kat Kedai Pasar Payang. Malam pula kami pergi foodtruck kat Jambatan Angkat. Ada yang dirancang, ada yang tak dirancang tapi perancangan Allah yang terbaik. 


T-shirt Tie Dye Batik Ori Terengganu, beli sedondon lagi ngam | Niat bercuti kalau boleh nak ambil gambar cantik-cantik dengan famili. Apa yang Fiza rancang adalah untuk mendapatkan t-shirt sedondon Terengganu. Kebetulan nampak ramai pengunjung yang pakai. Berkenan tengok.

Nak dapat t-shirt tie dye di Pasar Payang memang banyak. Macam-macam design ada. Cantik dan colorful. Rugi kalau tak beli sendondon. 




Kami pakai dan bergambar di Pantai Rhu Sepuluh, Terengganu. Antara pantai tercantik di Terengganu, laut biru macam kat pulau. 


Dalam perjalanan pulang ke Kelantan, wajib la singgah beli keropok keping dan keropok lekor. Paling penting sos pencicah. Beli lebih nak bawa balik KL sekali nanti. 







Syukur perjalanan percutian kami dipermudahkan. Walaupun duit banyak habis, biasalah bercuti kan, yang penting enjoy. Ini percutian pertama, staycation pertama selepas PKP 3.0. Nanti kita simpan la duit lagi, lepas tu pergi bercuti lagi. In syaa Allah.

Terima kasih kerana sudi baca. Simpan sini sebagai kenangan juga.

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments