K-Fish Korean Seafood, produk Makanan Laut Korea premium dan berkualiti

Assalamualaikum. Korang suka makan tteokbokki? Apa nie pagi-pagi dah cerita pasal makanan yer. Antara favorite Fiza kalau walk in atau dine in restoran korean mesti akan cari menu tteokbokki dulu. 


Unboxing K-Fish Korean Seafood, produk Makanan Laut Korea premium dan berkualiti | Tapi sekarang nie nak makanan makanan korean dah senang, boleh beli online. Bukan itu saja, nak sediakan pun senang. Boleh masak terus, dan ada yang hanya kita panaskan dengan microwave je. Mudah kan.

Pernah dengar Produk K-FISH. Ia adalah produk Makanan Laut Korea premium dan berkualiti dihantar dari laut bersih Korea. Selain itu, produk K-FISH terbukti oleh kerajaan Korea menepati standard premium.


K-Fish Malaysia juga mengajak Fiza untuk menjadi K-Fish Supporters. Sebagai penghanrgaan mereka telah menghantar produk baru dari K-Fish. Nak tahu apa ada dalam kotak, jom kita unboxing sama-sama. 

Dalam kotak mestilah ada produk makanan dari K-Fish yang terdiri daripada Fishcake Noodle Tteokbokki, Dengdeng Tteokbokki dan Suhyup Square Fishcake. Tak masak lagi pun dah terbayang sedap.

Kad welcome untuk supporters

Produk makanan K-Fish

Handmade Mask Extender

K-Fish Facemask



Fishcake Noodle Tteokbokki dan Dengdeng Tteokbokki, 2 jenis tteokbokki sedia untuk dimakan, nak masak atau boleh panaskan guna microwaves je. Suhyup Square Fishcake boleh try buat Stir fried Eomuk nanti. 


Cili tambah sendiri untuk beri lebih pedas

Memang senang dan cepat nak sediakan Tteokbokki di rumah. Rasa pun sedap, kek beras tak berapa liat, mudah nak kunyah. Huwainaa pun boleh makan, sebab tak berapa pedas. Tapi kalau anak tak tahan pedas jangan bagi makan. Huwainaa memang tahan pedas tapi sulam air la.

Bagi Fiza pula tak berapa pedas. Okaylah untuk perut. Boleh buat stok kat rumah. Sedap layan time tengok k-drama.


Semuanya produk @kfishmalaysia ada pensijilan HACCP dan HALAL. Bagi peminat K-seafood yang tidak dapat mencari Korean Mart berdekatan, ini adalah peluang korang untuk menikmati Korean Halal Fishcake Tteokbokki dan korang boleh dapatkan produk ini di SEMUA Lotus's (Tesco) mulai sekarang.

#kfish #kfishmalaysia #kfishsupporters #kfishhalal #kfishseafood #kfishmy #kfishhalalfishcakeproducts #yummykoreanhallafishcakeproducts 

Post a Comment

0 Comments