Find us on Facebook

Cara atasi masalah ruam lampin bayi (Nappy Rash) dan kenali puncanya

Assalamualaikum. Masalah ruam lampin kerap dihadapi oleh bayi serta anak kecil. Banyak sebab dan puncanya yang kita sebagai ibu perlu tahu. Jadi, sebelum membincangkan cara mengurus ruam lampin, kita juga perlu fahami puncanya. 


Punca-punca ruam lampin

Tempoh tukar Lampin : Punca yang paling kerap. Terdedah kepada air kencing dan najis untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif bayi, terutamanya jika menggunakan lampin yang kurang menyerap.

Lampin Ketat Lampin yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan rengsa apabila bergeser pada kulit bayi. Lapisan permukaan lampin yang kasar juga boleh menyebabkan geseran dan mengakibatkan ruam. 

Kulit berpeluh : Sejenis yis dipanggil Candida mungkin ada pada kulit normal. Namun, jika yis tersebut tumbuh mendadak, ia boleh menyebabkan jangkitan sekunder di kawasan lampin. Biasanya berlaku di tempat yang panas, lembap dan lembut dengan pH kulit yang lebih tinggi seperti di bawah lampin basah, ketiak, leher dan lipatan dada.

Jangkitan bakteria: Bakteria tertentu yang merebak daripada orang lain atau persekitaran boleh menyebabkan ruam lampin atau menjadikannya lebih teruk. 

Alahan produk: Bayi dengan ekzema atau alahan boleh mengalami ruam lampin selepas terdedah kepada bahan perengsa atau pencetus yang terdapat dalam produk yang digunakan atau yang disapu pada kulit bayi, contohnya, lampin, tisu basah, sabun, losen, minyak, krim, dsb. Ruam yang disebabkan oleh alahan juga boleh berlaku di anggota badan yang lain.

Kredit : https://mypositiveparenting.org/

Cara atasi masalah ruam lampin bayi 

Jenama Bepanthen Fiza guna sejak tahun 2019 lagi. Masa Huwainaa baby dulu, Fiza gunakan Bepanthen Nappy Rash Ointment untuk membantu mengatasi masalah Nappy Rash. Ia membantu melindungi Huwainaa daripada ruam lampin dan perlahan-lahan membantu penyembuhan kulit semula jadi jika ruam lampin sudah ada.


Kulit bayi sememangnya sangat sensitif dan memerlukan produk yang lembut untuk menjaga dan melindunginya. Bepanthen Nappy Rash Ointment sangat lembut sehingga ia boleh digunakan pada setiap penukaran lampin. Ia bebas daripada pewangi, pengawet, pewarna.


Bepanthen Ointment selesa untuk bayi kerana ia tidak melekit dan tidak menyebabkan geseran pada kulit sensitif bayi. Terbukti secara klinikal, Bepanthen berfungsi dengan membentuk lapisan lutsinar, melindungi kulit  daripada perengsa dan geseran lampin, yang penting untuk mengekalkan halangan pelindung semulajadinya.



Bepanthen Ointment sememangnya  krim penghalang yang mudah digunakan dan tidak menghalang kulit bayi untuk bernafas. Ia berfungsi dalam dua cara, untuk menjaga kulit bayi dan melindunginya daripada punca ruam lampin. Jadi jangan risau lagi kalau anak ada ruam lampin. Guna je  Bepanthen Nappy Rash Ointment.

Mommies boleh dapatkannya di shopee Bayer Consumer Health --> direct link --> https://shp.ee/kjzuziv

#MumsProtectingBums #BepanthenBummerang #BepanthenMalaysia #BepanthenBaby

Post a Comment

2 Comments