Find us on Facebook

Aktiviti menarik dan best di DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

Update : Swiss Garden Beach Resort Damai Laut telah bertukar nama kepada DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

Assalamualaikum. Lagi 1 hari kita semua bakal menyambut tahun baru. Minggu lepas merupakan minggu paling sibuk Fiza. Bukan apa, sibuk berjalan sampai tak sempat nak update blog. Tetapi hari ini Fiza kembali untuk update banyak perkara dan aktiviti yang menyeronokkan sepanjang bulan Disember 2019.


Hutang menulis mengenai percutian di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut perlu diselesaikan dahulu. Bagi korang yang mengikuti blog Fiza, pada awal bulan Disember lepas kami sekeluarga telah pergi bercuti di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut. Review hotel dan pool sudah. Kali ini Fiza nak kongsikan aktiviti menarik yang dapat dilakukan sepanjang menginap di sini. Bukan sekadar mandi pool sahaja tau. Kalau nak tahu jom baca.


Aktiviti menarik dan best di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut | Memandangkan Swiss Garden Beach Resort Damai Laut terletak di tepi pantai dan berdekatan dengan Pulau Pangkor, pengunjung berpeluang untuk ke Pulau Pangkor dengan bot yang disediakan. Kalau hendak ke Pulau Pangkor pengunjung perlu menaiki bot pada waktu pagi. Pengunjung boleh snorkeling di Pulau Giam, island hopping, dan singgah di Pulau Pangkor.


Masa memang tak mengizinkan kalau nak ke Pulau Pangkor. Lagi pun aktiviti seperti snorkeling. Lagipun Fiza dah pernah pergi bercuti di Pulau Pangkor. Kalau rajin godeklah catatan percutian Fiza ke Pulau Pangkor.

Untuk kali ini Fiza nak merasai pengalaman yang lain pula. Di sini ada kuda. Pengunjung boleh merasai pengalaman berkuda di persisiran pantai. Kalau hendak tahu ini adalah pengalaman pertama Fiza menaiki kuda bersama Thaqif. Dengan bayaran RM50, pengunjung boleh menaiki kuda sambil bersiar-siar di tepi pantai. Best ooooo..


Bagi yang meminati aktiviti sukan air atau Water Sports, ada pelbagai pilihan buat pengunjung seperti menaiki banana boat, jet ski, kayak dan pelbagai lagi aktiviti pantai. Kalau korang nak menaiki ATV pun boleh. Mereka ada sediakan trek laluan untuk aktiviti tersebut.



Untuk kanak-kanak. ada juga disediakan taman permainan dan longkang Fish. Di longkang Fish kanak-kanak boleh menyauk ikan kecil dan diletakkan dalam balang. Untuk info lanjut pasal longkang fish ini korang perlu cari ini kat tempat lain yer sebab Fiza pun tak ambil tahu sangat sebab Thaqif pun tak minat. 




Datang nak bersiar-siar pun boleh. Semua aktiviti memerlukan pengunjung untuk keluarkan duit. Kalau datang nak bersantai, ada pondok-pondok kecil disediakan. Sambil anak-anak main pasir kita pun relax-relax sambil baring bawah pondok. 






Pendek kata memang berbaloi bercuti di sini. Kebetulan cuaca pun sangat baik dan cerah. Pelbagai aktiviti menarik dapat kami buat di sini selain daripada mandi kolam. Kawasan kolam pula luas beserta taman tema air. Antara penginapan terbaik kami setakat ini. 

Kalau korang berhajat untuk bercuti bersama keluarga, Swiss Garden Beach Resort Damai Laut DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort adalah tempat yang berbaloi untuk korang pertimbangkan. Direct booking di sini --> DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. wow.. menarik.. sha pun tak pernah sampai sini..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Cantiknya. Dapat jugak kami cuci mata tengok pemandangan yg lawa 😁

    ReplyDelete