Perodua ARUZ Electric Blue Modified

Assalamualaikum. Rezeki Allah apabila kami dapat memiliki perodua Aruz 1.5 Advance dan sudah sebulan bersama kami. Dalam masa sebulan, pelbagai modifikasi yang suami buat pada Aruz kami. Pendek kata make up kereta. Kalau ikutkan Aruz nie kalau tak make up pun memang dah smart tapi demi kepuasan hati, suami hantar untuk ke kedai aksesori kereta dan bodykit untuk smartkan lagi si biru ini.


Perodua ARUZ Electric Blue Modified | Pertama sekali kerja modifikasi yang Fiza hendak tunjukkan adalah dengan tidak melibatkan enjin dan hanya luaran sahaja. Ia lebih kepada pemasangan bodykit. Pemasangan bodykit juga bukan sahaja untuk mencantikkan kereta malah ia seperti pelindung kepada body kereta. 

Pemasangan Bumper Depan  

Perbandingan model asal dan setelah pemasangan bumper depan.

Spek asal
Pemasangan Bumper hadapan

Pemasangan Bumper Belakang

Perbandingan model asal dan setelah pemasangan bumper belakang.
 

Spek asal
Pemasangan bumper belakang
Pandangan belakang yang sporty






Pemasangan Side Step dan TRD body door molding

Bahasa mudah pelindung pintu
Pemasangan side step mudah untuk anak-anak pijak
Pemasangan line pada pintu sebenarnya untuk elak orang luar yang buka pintu kereta mereka sesuka hati lalu terkena kereta kita. Ia selalu terjadi jika kawasan parking agak rapat atau pun jenis tak peduli hendak buka pintu kereta mereka sesuka hati. 

Memandangkan Aruz juga agak tinggi, pemasangan side step amatlah digalakkan. Bukan apa senang kalau kita nak bawa mak abah naik kereta. Anak-anak pun senang nak naik kereta kerana adanya side step.


Pemasangan Light Cover Line dan Black Door Handle
Terbaharu suami menambah light cover line pada lampu depan dan belakang. Bila pasang memang nampak ganas dan kacak gitu. Macam make up pakai celak. Pemegang pintu pun kami pasang pelindung berwarna hitam. Ada juga yang pakai warna silver atau chrome 

Light Cover Line depan
Light Cover Line belakang
Black Door Handle
Pemasangan bodykit dan aksesori kereta bukan sahaja untuk mencantikkan kereta malah ia memberi perlindungan supaya tidak mudah calar. Memang apa yang dibuat oleh suami Fiza terhadap Aruz kami kali ini sangat memuaskan. Bagi sesiapa yang sedang mencari idea untuk mencantikkan kereta bolehlah rujuk sini.

Dan sebelum Fiza mengakhiri penulisan, sekiranya ada terma dan penggunaan ayat yang tidak betul, harap dimaafkan kerana Fiza pun tidak beberapa tahu mengenai terma sebenar yang digunakan dalam dunia permotoran dan modifikasi kereta. Apa yang Fiza tulis atas pemahaman dan harapan pembaca juga faham.

Nantikan modifikasi dalaman pula dari kami untuk Perodua Aruz 1.5 Advance Electric Blue.

Wassalam.

Post a comment

6 Comments

  1. cantik dan smart la Aruz ni..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. saya pun suka aruz jugak, hehe. sebelum ni suka sangat kat crv. tapi bila aruz muncul, menggoda hati saya. haha

    ReplyDelete
  3. Cantiklah warna biru ini.. menyerlah sangat..

    ReplyDelete
  4. Memang nampak garang dan hensem aruznya. Personally, bagus sangat pasang body door molding tu. Memang terjaga sikit dari calar. Kalau tak manjang ada je garis garis pintu orang. Geram je tengok.

    ReplyDelete