Find us on Facebook

Natural Body Lotion Chamomile keluaran Tropika membantu menghilangkan rasa gatal pada kulit si manja

Assalamualaikum. Masalah gatal kulit dan ruam kerap dialami oleh anak kecil. Kulit mereka memang sangat lembut dan sensitif. Kalau cuaca panas, berpeluh mulalah naik ruam. Sebab itu sebagai ibu bapa kita perlu prihatin terhadap kulit anak. Kalau mereka selesa kita pun senang. 


Natural Body Lotion Chamomile keluaran Tropika membantu menghilangkan rasa gatal pada kulit si manja | Seperti kebanyakkan ibu bapa juga, Fiza juga mengalami anak kecil yang kerap mendapat ruam di belakang badan dan juga celah pelipat siku. Kadang-kadang nampak tersiksa juga si Huwainaa menggaru-garu sampai luka.

Antara losyen yang Fiza gunakan untuk membantu Huwainaa mengatasi gatal-gatal kulit disebabkan peluh adalah dengan sapuan Natural Body Lotion Chamomile keluaran Tropika. Natural Body Lotion Chamomile dengan Chamomile Oil memang dirumus khas untuk bayi dan kanak-kanak bagi melindungi kulit daripada jangkitan, kerengsaan dan ruam lampin. Ia diperbuat daripada minyak kelapa dara berkualiti tinggi dan bahan-bahan semulajadi yang lain. 


Fiza akan sapukan losyen ini di belakang badan Huwainaa dan juga celah lipatan siku selepas mandi. Ianya losyen yang lembut pada kulit dan baunya juga sangat lembut. 

Antara kebaikan yang terkandung dalam Tropika Natural Body Lotion Chamomile ialah

✅Sesuai untuk semua jenis kulit.
✅Membantu melembapkan & melembutkan kulit si manja. 
✅Memberi kesegaran & wangian kepada si manja sepanjang hari.


Kebaikan ekstrak bunga chamomile sebenarnya sangat bagus untuk kulit si manja kerana kajian menunjukkan bunga chamomile memiliki sifat anti-inflamasi yang tinggi. Sifat anti-inflamasi ini yang membantu kulit si manja kekal lembap & terlindung daripada sinaran matahari.

Seterusnya ia menghilangkan rasa gatal pada kulit & membuatkan si manja tidur dengan lebih selesa.

Tropika Natural Body Lotion Chamomile juga bebas Paraben, SLS serta Tiada wangian atau pewarna sintetik yang ditambah. Ia juga sesuai untuk anak yang mempunyai kulit sensitif.



Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan lagi kerana ianya selamat untuk si manja gunakan. Lepas ini memang Fiza akan non-stop gunakan Tropika Natural Body Lotion Chamomile memandangkan ia selamat untuk kulit anak bagi elakkan gatal-gatal berpanjangan.

Untuk info lawati www.tropikabeauty.com.my


Post a Comment

1 Comments

  1. Chamomile memang bagus untuk gatal kulit. Sebelum ini ada juga minum teh chamomile untuk kuatkan antibodi sebab selsema. Berkesan 😊

    ReplyDelete