Find us on Facebook

Pengalaman menginap di DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

Update : Swiss Garden Beach Resort Damai Laut telah bertukar nama kepada DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

Assalamualaikum. Sudah lama rasanya tak bercerita pasal aktiviti bercuti kami. Seingat Fiza last kami sekeluarga bercuti di Cameron Highland pada bulan Mac 2019 sempena menyambut hari lahir Abg Thaqif. Alhamdulillah atas rezeki apabila kami sekeluarga dapat bercuti lagi pada bulan Disember ini. Kononnya sempena menyambut hari lahir mama pada 11 Disember. 


Pengalaman menginap di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort | Happy birthday in advance la kiranya dalam beberapa hari awal. Mujurlah perjalanan kami ke sini dipermudahkan. Urusan tempahan resort semuanya menggunakan khidmat dari Agoda. Boleh dikatakan platform terbaik yang Fiza gunakan setiap kali hendak bercuti. 

Perjalanan kami dari Sg. Buloh ke sini mengambil masa lebih kurang 4 jam. Bertolak jam 9 pagi dan tiba pada jam 1 petang. Memandangkan cuti sekolah, resort penuh, kami terpaksa tunggu sehingga jam 3 petang untuk waktu check in. Memang strict tetapi apa boleh buat, terpaksa layan anak mengamuk di lobi resort disebabkan waktu check in jam 3 petang.



Kaunter Lobi

Jam 3 petang kami diberikan kad access untuk bilik. Legalah bila sudah dapat bilik. Memang tak buang masa. Letak beg, uruskan pakaian anak, solat dan kemudiannya kami terus ke tepi pantai untuk melihat aktiviti-aktiviti yang disediakan di sini. Sebelum itu jom tengok bilik kami serta kemudahan dan peralatan yang disediakan oleh pihak resort.

Deluxe Room King Size


Ruangan istirehat sofa dan televisyen, peti ais di bawah karbinet TV

Kemudahan almari, seterika, telefon, pemanas air dan juga pembancuh
kopi 3 in 1 

Ruangan santai

Tandas yang luas dan cantik

Toiletries

Ruangan tandas dan bilik mandi

Balkoni menghadap laut

Pintu ke ruangan balkoni 

Pemandangan Pulau Pangkor dari bilik kami

Bilik luas, katil besar, lengkap dengan segala peralatan. Memang puas hati. Memang sesuai kami sekeluarga yang ada anak kecil. Tak risau dorang nak berlari. Yang penting pastikan pintu ke ruangan balkoni dikunci untuk elak sebarang bahaya.


Antara salah satu tarikan pengunjung di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut adalah kolam mandi yang dilengkapi dengan taman tema air yang ringkas. Terdapat pelbagai jenis kolam di sini, untuk anak kecil, untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Memang best betul sebab jarang hotel atau resort menyediakan taman tema air sebegini. 

Adult pool

Water slide

Wet Side Splash Pool

Kids pool




Thaqif pun main di Wet Side Splash Pool

Slide di kids pool

Mama pun slide denga huwainaa di Kids pool with slide

Abg Thaqif memang bersungguh main air


Ada lagi yang Fiza hendak kongsikan mengenai aktiviti kami di sini. Kami datang bukan untuk mandi sahaja, ada lagi aktiviti menarik untuk dikongsikan dalam entry akan datang. Teruskan membaca ya.


Wassalam.

Post a Comment

5 Comments

  1. cantik sangat tempat nya fiza ^_^

    ReplyDelete
  2. ok.nak tau lebih lanjut lagi aktiviti lain di hotel ni

    ReplyDelete
  3. Pernah menginap kat sini. Best. Rasanya macam kitaorang tak terjah taman tema air kat hotel ni. Kitaorang buat aktiviti lain. Memanah, berbasikal, pi gym.

    ReplyDelete
  4. Tandas cantik. Cermin dah ala-ala selfie ring hehe. Tak pernah sampai Damai Laut lagi. Baru-baru ini nak bercuti pilih antara Damai Laut atau Gambang, tapi kami pilih Gambang. Next holiday boleh ke Damai Laut pula.

    ReplyDelete
  5. wah... seronoknya... cantik tempat ni... rindunya... teringat thn 2002, 2 mgu duk sini shooting filem...

    ReplyDelete