Pengalaman mendapatkan rawatan rambut dan kulit kepala di MBH Haircare Kajang

Assalamualaikum. Masalah keguguran rambut yang Fiza alami semakin teruk saban hari. Bukan itu sahaja, setiap ceruk rumah mesti akan ada rambut. Rasa penat sapu dan kutip rambut yang gugur sampai kadang-kadang buat tak nampak lah dulu, nanti baru sapu. 


Melihatkan masalah keguguran rambut yang makin serius ini, Fiza tidak berdiam diri tanpa berbuat apa-apa. Macam-macam syampu pakai, minyak rambut, perapi tapi masih sama. Keputusan Fiza buat adalah untuk mendapatkan permasalahan sebenar dan rawatan di MBH Haircare Kajang. 




Pengalaman mendapatkan rawatan rambut dan kulit kepala di MBH Haircare Kajang | Setelah membuat temu janji, maka hari yang ditunggu telah tiba. Ini adalah pengalaman pertama kali Fiza menjejakkan kaki bagi mendapatkan rawatan untuk rambut dan kulit kepala.

Ruangan menunggu bagi pelanggan
Servis dan rawatan yang disediakan 
Sementara menunggu giliran kerana pelanggan tidak putus datang ke sini. Sempat ambil gambar sekeliling. Di sini bukan sahaja terdapat rawatan (nikmatterbaik) untuk rambut dan kulit kepala, tetapi mereka adalah salon kecantikan di mana terdapatnya servis potong rambut, mewarnakan rambut, rebonding, eyelash extention, pedicure manicure serta rawatan kulit wajah. 


Harga yang ditawarkan sangat berpatutan kalau hendak dibandingkan servis yang sama di tempat lain. Untuk merawat masalah rambut gugur, terapis mencadangkan untuk Fiza mendapatkan rawatan Hair Growth Vitamin Wash yang mempunyai 5 sesi rawatan dalam masa 2 jam dengan harga promosi hanya RM 39 sahaja. 

Sesi penerangan rawatan yang Fiza perlu dapatkan setelah masalah diketahui 

Sesi Hair Growth Vitamin Wash terdiri daripada: 
  • 1 sesi hair growth vitamin wash 
  • 1 sesi hair & scalp advanced 
  • 1 sesi trichologhy consultation 
  • 1 sesi Hair growth LED Laser 
  • 1 sesi hair growth product (Kit Trial) 
Sesi bermula dengan analisis kulit dengan menggunakan mesin khas mereka. Terapis Cik Sara memang sangat lembut orangnya dan penerangan yang diberikan juga sangat jelas dan mudah difahami. Daripada penerangan yang dibuat, didapati kulit kepala Fiza sangat berminyak dan ia adalah punca rambut kerap gugur dan hujung rambut juga kasar. 

Tempat basuhan dan cucian rambut
Kemudian, barulah Terapis Cik Sara melakukan sesi hair growth vitamin wash yang mana ia menggunakan produk MBH Wash & Therapy Series. Bagi membersihkan dan merawat kulit kepala berminyak, terapis menggunakan MBH Hair Essense Stimulating Therapy Syampu dari bahan semulajadi yang terdiri daripada ekstrak Bunga Raa, Minyak Zaitun dan Minyak Kelapa Dara. Best betul bila kepala Fiza di syampu dan kepala di sental-sental secara lembut. Nak tertidur pun ada. Bau syampu pun wangi. 

Mesin berteknologi dari Jerman

Setelah rambut dicuci dan dibilas, Fiza dibawa untuk duduk bagi sesi seterusnya. Terapis Sara memulakan dengan semburan MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic. Ia disemburkan sebaik sahaja selepas cucian kerana waktu ini liang pori kulit kepala masih terbuka dan ia akan cepat meresap masuk. 

Tujuan semburan adalah untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan juga mengurangkan rasa gatal di kulit kepala. Semburan ini membuatkan kulit kepala Fiza terasa sejuk dan segar. 

MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic
Kandungan bahan semulajadi dalam MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic seperti ekstrak Bunga Raya, ekstrak Rosemary dan Aloe Vera sebenarnya membantu memberi nutrisi kelembapan untuk kulit rambut. 

Kemudiannya rambut Fiza diblow dengan hair dryer bagi kering sepenuhnya. Waktu ini pun rasa macam nak tidur, mana tak nya rambut dibelai-belai. Kepala pun terasa ringan bila rambut semakin kering. 

Kemudiannya terapis Sara membuat sapuan MBH Hair Repair Silkening Serum di rambut. Tujuan serum adalah untuk mencantikkan semula rambut kerana rambut Fiza terlalu kasara di hujung-hujung. Kandungan serum adalah terdiri daripada ekstrak bunga Matahari, Minyak Jojoba dan Aloe Vera. 

Rambut Fiza diblow dengan lembut
MBH Hair Repair Silkening Serum
Kepala terasa ringan dan rambut pun lembut tak terkata. Terasa nak kibas-kibas rambut macam dalam iklan syampu tu. Hasil tangan terapis Sara memang terbaik dan Fiza sangat puas hati. Rambut Fiza memang kelihatan sangat cantik selepas selesai sesi hair growth vitamin wash. Ini membuktikan bahawa rambut pun perlukan vitamin untuk kekal cantik dan sihat tau. 



Antara kelebihan rawatan Hair Growth Vitamin Wash antaranya ialah : 
  • Membersihkan pori kulit kepala sehingga ke akar dengan menggunakan syampu vitamin khas 
  • Mematikan kuman pembiak kelumumur dan merencatkan permbiakan kuman 
  • Melegakan masalah kulit kepala yang kering dan gatal 
  • Menyejukkan kulit kepala dengan kesegaran maksimum 
  • Memberi nutrisi kelembapan untuk kulit rambut supaya kekal lembut dan ringan hingga ke hujung 
  • Memberi kadar keseimbangan kulit kepala agar tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu kering. 
  • Meransang pembukaan pori baru untuk pertumbuhan anak rambut 
Bersama Terapis Sara

Fiza juga diberikan beberapa tips penjagaan rambut bagi mengelakkan rambut kerap gugur oleh terapis Sara. Antaranya cara kita menggunakan syampu dan perapi. 
  • Elakkan memakai syampu pada waktu pagi. Sebaiknya bilas sahaja rambut dengan air. 
  • Gunakan syampu pada waktu petang atau selepas balik kerja. Pengeluaran minyak semula jadi pada kulit kepala pada awal pagi perlu dikekalkan dahulu bagi mengembalikan kelembapan kulit kepala. 
  • Perapi rambut hendaklah digunakan pada rambut, bukannya di kulit kepala. 
  • Berlainan dengan masker, sekiranya ia adalah anti-kelemumur, ia perlu digunakan atas kulit kepala. 
Baru sedar sebelum ini Fiza suka syampu rambut sebelum ke tempat kerja, sedangkan kita tidak digalakkan untuk syampu rambut pada waktu pagi. Jadi korang pun dah tahu kan, kadang-kadang kita tidak sedar masalah keguguran rambut sebenarnya berpunca dari kesilapan diri sendiri juga selain faktor-faktor lain.

Free Gift dan Hair growth product (10ml)


Kesan selepas 2 hari Fiza mendapatkan rawatan di MBH Haircare Kajang Selangor memang nyata berbaloi apabila rambut gugur makin berkurangan. Macam tidak percaya. Korang pun kalau ada masalah rambut dan kulit kepala, jangan biarkan kerana masalah perlu dikenalpasti dan perlu dirawat.

Terima kasih MBH Haircare Kajang atas servis, layanan memang terbaik serta sudi memberikan tips-tips penjagaan rambut kepada Fiza. Korang pun patut rasa pengalaman yang sama dengan Fiza bila berada di sini. 

Pastikan korang membuat temu janji dahulu yer. MBH Haircare Kajang adalah cawangan yang baru dibuka menggantikan cawangan mereka yang dahulunya di Jalan Reko Sentral 8.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, bolehlah korang layari :-
Facebook : MBH Haircare Malaysia
Instagram : mbh.haircare_malaysia

Lokasi : 
MBH Haircare
No 16 Jalan Damai Mewah 2
43000 Kajang 
Selangor

Hotline : 
011-6085 0817 | 019-2369974

Post a comment

2 Comments

  1. bestnyaaaa lama tak manjakan rambut

    ReplyDelete
  2. Rasa macam perlu buat rawatan macam ni sebab rambut dan kulit kepala tengah problem

    ReplyDelete