Grill sendiri dan makan sampai kenyang di Seoul Garden Restaurant

Assalamualaikum. Korang pasti teruja kalau tengok drama korea bila part dorang grill daging. Fokus kat daging lembu yer, kalau dorang grill daging lain tu buat-buat tak nampak jelah. Memang nampak sedap kan, bila dengar bunyi desiran daging yang di grill atas pemanggang. 


Grill sendiri dan makan sampai kenyang di Seoul Garden Restaurant | Pengalaman itu kami baru laluinya di Seoul Garden Restaurant, One Utama Damansara, beberapa minggu lepas. Makan dengan anak-anak memang agak struggle sikit tapi Fiza tak peduli, dah bayar kalau tak makan betul-betul memang tak berbaloi lah.

Bagi yang tak pernah ke sini, mereka menyediakan makanan secara buffet, makan sampai kenyang dan bayaran per head. Tiada had untuk korang makan. Semuanya dihidang secara buffet. Untuk bahan mentah seperti ikan, ayam, sotong dan makanan laut yang semuanya telah diperap, korang boleh ambil dan grill sendiri.

Makanan mentah untuk digrill

Yang nie premium, nak makan kene bayar lain

Salad dan buah-buahan. Elok makan sebab kaya vitamin & serat. 


Kawalan suhu untuk grill dan steamboat

Daging mentah, tak sabar nak grill

Ikan dan ayam

Meja makan dan tempat grill

Makanan siap hidang

Air minuman, refill

Jom panggang, daging dan ayam

Siap panggang, sotong dan ayam, daging dah masuk perut


Jemput makan korang

Hidangan tom yam dengan makanan laut

Huwainaa kisahkan ais krim je

Mujur ada spagetti,
kalau tak memang tak makan la Thaqif nie

Hidangan ais krim sebagai pencuci mulut


  


Balik rumah memang kenyang sampai ke malam. Mana tak nya memang kami pulun makan daging. Perapan daging sempurna dan daging pun lembut. Memang Fiza akan datang lagi ke sini untuk merasa makanan lain pula. Kami ke sini waktu tengah hari, menu kambing tidak disediakan, tetapi untuk makan malam ada kambing. 

Alahai memang favorite sangat kambing bakar. In syaa Allah ada peluang kami hendak merasa kambing pula. Bagi yang hendak ke sini, pastikan perut kosong yer. Nanti tak berbaloi dengan harga yang perlu dibayar. Macam mana pun kami puas hati makan di sini. 

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. Dah lama tak ke Seoul Garden. Terliur pulak tengok Fiza makan.. hehehe..

    ReplyDelete