Di manakah letaknya UTC Selangor?

Assalamualaikum. Beberapa minggu lepas, kami ke UTC Selangor. Pertama kali datang ke sini kerana hendak mengambil kad pengenalan suami yang baru dibuat menggantikan kad pengenalan lama yang rosak cip.


Di manakah letaknya UTC Selangor? | Perjalanan dari Sungai Buloh ke Shah Alam tidaklah terlalu jauh dan dengan menggunakan GPS, memang senang nak ke sana. Tetapi apabila sampai di destinasi yang kami hendak tuju, bila GPS menyatakan bahawa "You arrive at the destination" kami jadi keliru. Almaklumlah pertama kali ke sini.

Pertama kali kami pusing, sudah nampak bangunan. Pusing lagi sekali terlepas tempat pintu masuk untuk parking kerana ianya parking berbayar. Dan kali ketiga barulah kami dapat masuk ke UTC. 


Kenapa jadi macam nie? Puncanya sepanjang jalan tiada lampu jalan dan keadaan UTC Selangor juga tidak meriah seperti bangunan di sekitarnya. Sedih juga melihat keadaan sebegini. Mungkin niat mereka dalam langkah penjimatan elektrik.

Bila sampai di pintu masuk, keadaan berubah. Dalamnya masih meriah dengan jabatan-jabatan kerajaan dan juga banyak booth penjual yang menjual pelbagai barangan dan makanan. Risau jugak kan, mana tahu memang dah tutup padahal waktu itu jam baru 8 malam.

Huwainaa jadi model mama sekejap
Direktori UTC Selangor


Booth penjual


Jabatan Pendaftaran Negara



Urusan mendapatkan kad pengenalan suami memang cepat dan pantas. Kalau nak buat kad pengenalan di sini pun boleh. Lagi cepat dan pantas. 

Lembaga Zakat Selangor
Lembaga Tabung Haji
Pelbagai Jabatan ada di dalam UTC Selangor. Kemudahan sebegini sebenarnya sangat membantu mereka yang inginkan urusan selepas waktu pejabat. 

Harapnya UTC Selangor pasanglah lampu kalau berkebetulan waktu kami di sini lampu rosak. Tengok bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam kemain meriah dengan lampu. 

Wassalam.

Post a comment

3 Comments

  1. mmg sgt memudahkan urusan la sejak ada UTC ni..
    boleh settle segala urusan walaupon lps waktu kerja..
    xdela kita yang kerja ni kena amek cuti.. huhu

    ReplyDelete
  2. halahhh halahhh si kecik tu,comel je hhehhehe eh kebanyakan utc memang gininampak suram je huhuu

    ReplyDelete
  3. Teringat esok kena ke UTC juga.

    ReplyDelete