Macam-macam jenis dan baka kucing ada di Ekspo Kucing 2019

Assalamualaikum. Sampai juga hajat nak bawa Huwainaa dan Thaqif tengok kucing. Mana lagi kalau bukan di Ekspo Kucing 2019. Ekspo ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 4 Okt sehingga 6 Okt di MATRADE Exhibition and Convention Centre, Kuala Lumpur.


Macam-macam jenis dan baka kucing ada di Ekspo Kucing 2019 | Pertama kali datang ekspo kucing. Selalunya pergi ekspo baby. Dalam otak ingatkan ada pameran kucing semata-mata. Tetapi sebenanrnya pameran ini lebih kepada menjual barangan kucing seperti makanan, barangan penjagaan kucing, peralatan kucing. Macam kita pergi ekspo baby, tapi yang ini ekspo kucing.

Kami pula jenis akan datang event pada hari terakhir, memang bersesaklah dengan orang ramai. Di samping penjualan barangan kucing, masih terdapat pameran kucing, tetapi untuk pertandingan. Kucing diletakkan dalam sangkar dan pengunjung  dapat melihat pelbagai jenis kucing, baka kucing yang comel-comel, yang ayu-ayu, yang kacak-kacak. Kucing macam harimau bintang pun ada.




  











Best sebenanrnya dapat datang sini. Thaqif pun bagitahu yang dia suka datang ekspo pameran kucing di tengah bandaraya KL ni (ibusyurga). Huwainaa memang excited dapat tengok kucing kampung, tapi kucing yang besar-besar dan gebu-gebu dia tak minat sebab tak pernah jumpa kan. Lagipun kucing baka luar nie memang saiz besar. Memang budak akan rasa takut. 

Tapi bagi Fiza semuanya comel-comel. Geram je tengok kucing yang gebu-gebu. Mesti susah nak jaga kucing macam itu sebab pernah ada pengalaman jugak bela kucing jenis parsi nie. Salah bagi makan berguguranlah bulu nya.

Itu je nak cerita. 

Wassalam.

Post a comment

2 Comments