Lolipop Chupa Chups Gergasi, biar betul?

Assalamualaikum. Al-kisah bermula waktu kami jalan-jalan di One Utama Shopping Complex. Tiba-tiba Thaqif tak nak teruskan berjalan. Dia berlari terus ke tempat yang kami memang pura-pura tak nampak tapi akhirnya dia sendiri nampak. 


Lolipop Chupa Chups Gergasi, biar betul? | Sebelum ini pernah ternampak tapi tak pernah terfikir nak beli sebab mahal. Harganya tak berpatutan langsung kalau nak dibandingkan kalau kita beli sepeket biasa atau pun beli di 7E.

Memandangkan Thaqif dah bertapa depan lolipop Chupa Chups, bukan yang biasa tetapi yang gergasi, mama dengan dedi tak mampu nak buat apa. Kalau dia je nak tak pe, Huwainaa pun nak juga.


Memikirkan sudah rezeki anak, lagipun nak happy tak nak anak menangis depan orang ramai, tutup mata jelah. Kebetulan buy 2 free 1, jadi dapatlah 3 lolipop gergasi. Bertambah rongaklah gigi Thaqif.





Dalam lolipop ada 15 biji lolipop kecil. Itu sebenarnya dalam lolipop gergasi tersebut. Kami habiskan RM 125 untuk 45 biji lolipop. Tepuk dahi jelah. Boleh kencing manis nak habiskan semua ni.


Meh layan video unboxing, Lolipop Chupa Churp Gergasi dengan anak-anak. Gelagat dorang tak sabar betul nak makan lolipop telahpun dirakam. Jemput untuk subscribe Channel youtube Fiza yer. Kunjungan balas Fiza akan buat nanti. Jalan lupa komen youtube channel korang di ruangan komen. 



Wassalam.

Post a comment

3 Comments

  1. Omg besarnya lollipop tu. Ingatkan memang seketul tu lollipopnya. Memang boleh rongak gigi ni

    ReplyDelete
  2. hahaahh bolehlah tiap hari makan lolipop! comeel je hehe

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. ya ampunnn..boleh tahan harganya!
    sekali-sekala kalah juga kita ni dengan anak-anak kan.

    https://www.youtube.com/user/YayaAzura

    ReplyDelete