Makan tengah hari di Ayam Penyet AP Giant Kota Damansara

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.

Assalamualaikum. Antara menu kegemaran Fiza adalah daging Dendeng. Kalau makan kat mana-mana, bila ada daging dendeng memang Fiza akan pilih menu tersebut.

Kalau bercerita makan di kedai, ini baru kali kedua Fiza pernah makan di Ayam Penyet AP. Nampak sangat jarang ke sini kan. Nak makan kat kedai hati kene kental dengan anak-anak. Faham sendiri lah kan.


Awal dah tayang menu kegemaran Dendeng Berlado

Makan tengah hari di Ayam Penyet AP Giant Kota Damansara | Sistem dorang sekarang ini, layan diri. Order di kaunter, kemudian mereka akan hantar hidangan ke meja mengikut nombor yang diberikan.

Lele Penyet

Menu makan tengah hari dengan nasi panas beserta sup kosong. Untuk Daging Dendeng memang sedap. Daging pun lembut dan empuk. Sambal lada tidak berapa pedas.

Menu pilihan suami Lele penyet, yang mana ia adalah ikan keli bersama sambal. Sambal dia memang pedas. Tak boleh Fiza nak makan banyak takut sakit perut.

Anak minum air tanpa straw

Comot si Huwainaa
Mencabar juga bila restoran tidak menyediakan straw nie. Tambah kalau ada anak kecil. Memang susah betul nak beri mereka minum air. Makanan memang sedap tapi suasana agak panas dalam restoran. Tak tahulah sama ada air cond kurang berfungsi atau memang mengharapkan air cond dalam Giant semata-mata. Bagi Fiza memang kurang selesa. 

Kami kalau singgah makan memang tak lama sebab anak-anak memang tak boleh duduk lama. Lepas makan kami nak gerak ke Romantika. Nak mencari pokok hiasan rumah pula sebab itu tujuan kami ke Giant Kota Damansara.

Wassalam. 

Post a comment

0 Comments