Emel SCAM terkini "Audi Automobile International Promotion"

Assalamualaikum. Pagi Sabtu lepas, Fiza menerima satu emel yang sangat menarik untuk dikongsikan. Angin tiada, ribur tiada, tiba-tiba ada satu pihak hendak menghadiahkan wang berjumlah $900,000 dan sebuah kereta Audi Q7.



Emel SCAM terkini "Audi Automobile International Promotion" | Nak hadiahkan sebuah kereta dan wang? Kalau fikir logik pun memang tak masuk dek akal. Rupanya taktik dan teknik scammer dengan menggunakan emel dan kaedah ini telah banyak berada di carian google.

Makanya pihak yang berkenaan tidak berjaya untuk mengenakan seorang lagi mangsa. Harapnya tiada sesiapa yang terpedaya dengan teknik yang tak masuk akal ini. 

Bagi mereka yang mendapat emel ini, harap abaikan dan jangan sesekali melayan kehendak mereka.

Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. Nak scam pun mcm tak meyakinkan. Tetiba nak bg audi dah knpa haha

    ReplyDelete
  2. Scammer berjaya, pakai email pon boleh.. Thanks for sharing 👍

    ReplyDelete