Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends 2019 best dan happening

Assalamualaikum. Cuti sekolah minggu lepas, kami berkesempatan untuk membawa Thaqif dan Huwainaa menyaksikan Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends 2019 pada 17 Ogos 2019 yang bertempat di Quill Convention Centre, Kuala Lumpur. 

Kami booking tiket lebih kurang sebulan awal bagi mengelakkan tiket habis. Zon yang kami ambil di hadapan sekali iaitu Zon Hora Horey (Zon Pink). Demi kepuasan anak-anak dan dorang akan nampak Didi and Friends secara lebih dekat. 

Konsert tersebut berlangsung selama 4 hari bermula pada Hari Khamis sehingga Ahad dengan 3 sesi, kami mengambil untuk menyaksikan pada hari Sabtu jam 8.30 malam.

Nampak tapak kaki didi pun dorang dah bersemangat
Thaqif dan Huwainaa memang tidak sabar sangat tambahan pula bila ada iklan promosi konsert di televisyen. Bila tiba harinya memang kami pun tak sabar nak berikan hiburan untuk anak-anak. 

Bergambar sebelum konsert bermula
Kaunter pendaftaran bagi mendapatkan wristband
Wristband Zon Hora Horey
Goodies Bag
Thaqif bersama Pak Atan
Huwainaa bersama Nana
Minta pandang pun susah budak dua orang nie
Konsert bermula sebelum jam 8.30 lagi dengan sesi bermula dengan pengenalan berbentuk jeritan Hora Horey yang sangat meriah dan gamat. Tenyata semua anak-anak yang ada di dalam Quill Quill Convention Centre memberikan kerjasama yang terbaik dan memberikan respon apabila juru acara memberikan jeritan Hora, mereka semua serentak memberi jawapan Horey. Memang meremang juga. Dasyat penangan Didi and Friends nie. 

Pak An dan Maskod Didi, Nana, Jojo dan Pak Atan
Persembahan yang tidak membosankan
Comel tengok Didi, Nana, Jojo berjoget-joget
Penglibatan ibu bapa dan anak-anak pun ada
Banyak juga lagu yang dipersembahkan
Majlis dimeriahkan dengan tetamu jemputan, Izzue Islam


Nyanyian Lagu Mandi dirancakkan dengan buih sabun dan bola putih yang melantun-lantun
Kami tumpang enjoy
Dimeriahkan dengan kehadiran Omar dan Hana


Dikir barat mendendangkan lagu Oh Wau Bulan
Tercapai impian Abg Thaqif
Bersama Pak Beruang dan Mon
Sesi bergambar Khas untuk Zon Hora Horey sahaja

Keseluruhan konsert boleh dikatakan sangat berjaya. Bukan anak-anak jer terhibur, ibu bapa pun turut bergelak ketawa dengan persembahan dorang semua. 

Bagi Fiza sendiri memang rasa berbaloi sangat bawa anak-anak menyaksikan Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends 2019. Kalau ada peluang begini lagi, memang Fiza tak akan lepaskan untuk bawa Thaqif dan Huwainaa menyaksikannya lagi. Tahniah buat Team Digital Durian. Memang mereka berjaya menawan hati anak-anak kecil.

Rakaman konsert Fiza telah mula muat naik di Youtube Channel. Selamat menonton. LINK

Wassalam.

Post a comment

0 Comments