Find us on Facebook

Keropok pahit tapi sedap

Assalamualaikum. Siapa suka makan keropok pahit? Kalau tanya nama menang tak tahu. Selalu sebut keropok pahit jer. Namanya yang sebenar adalah Emping Belinjau atau emping melinjo. Kalau di carian google ada juga nama emping belinjo. Tak kisahlah nama macam mana pun, ia adalah kesukaan Fiza. Bila rasa sekali, tahu-tahu dah habis sepeket.
Keropok emping belinjau
Rupa macam keropok ikan tetapi berwarna kuning.
Mengikut sumber yang Fiza baca, keropok ini femes di Negara Indonesia dan ia dihasilkan daripada biji buah melinjo yang digoreng sehingga menghitam. Kemudian ia dihancurkan hingga lumat, dibentukkan menjadi emping dan dikeringkan di bawah sinaran matahari. Selepas kering bolehlah digoreng dan makan.
Buah Melinjo
Pembuatan yang agak rumit juga. Tapi rasanya memang pahit. Tak ramai yang menggemari rasanya tetapi bagi Fiza ianya sedap sehingga tercari-cari. Mujur jumpa di stesen petronas tadi.
Wassalam.

Post a Comment

6 Comments

  1. Tak suka la keropok ni haha rasa pelik pahit2 macamtu. Tak boleh telan.

    ReplyDelete
  2. fav liez ni... sedap giler.. klau makan mmg khayal je tau tau dh habis..

    ReplyDelete
  3. ya betul rasanya pahit tapi lama di kunyah sedap pula (^_^).hehe

    ReplyDelete
  4. eh ?? series ju pun suka mkn ni even pahit. dekat ruma ju makan dgn sos, pun sedap =)

    ReplyDelete
  5. Baru tahu asal usul keropok pahit ni, selalu makan je... hehe..

    ReplyDelete