Find us on Facebook

Membina kemahiran asas anak kecil dengan Wooden 3D Jigsaw Puzzle

Assalamualaikum. Sebelum ini Fiza pernah menulis mengenai 10 Permainan yang dapat meningkatkan Kemahiran Motor Anak Kecil. Sebagai ibu bapa, betapa pentingnya kita untuk menguji perkembangan motor halus dan motor kasar anak kita.  Antara mainan yang Fiza telah dedahkan kepada Thaqif adalah Wooden 3D Jigsaw Puzzle yang mudah didapati di Lazada Malaysia. 

Tiga (3) kemahiran akan dibina dan dibentuk hasil daripada bermain Wooden 3D Jigsaw Puzzle adalah;

Pertama : Kemahiran fizikal 
Dengan memegang kepingan teka-teki akan menjadikan mereka fokus sehingga mereka patuh dengan koordinasi tangan-mata. Kemahiran motor kasar  & kemahiran motor halus akan dibangunkan semasa waktu bermain. 

Kedua : Kemahiran Kognitif
Oleh kerana anak cuba menyelesaikan masalah-masalah teka-teki, ia akan membangunkan pemahaman anak-anak dalam proses pengecaman, memori dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Ketiga : Kemahiran emosi 
Anak secara langsung belajar mengenai kesabaran untuk menyelesaikan teka-teki.
Produk berdimensi (L) 10.5 cm x (W) 10.5 cm x (H) 3.5 cm dengan berat 0.25kg amat memudahkan anak kecil untuk memegang dan membawa serta bahan kiub adalah daripada Eco-Friendly Wood. 

Reka bentuk Forest Animal 

6 reka bentuk yang berbeza 

Thaqif menunjukkan minat terhadap 3D Jigsaw Puzzle  

Fiza ajarkan untuk Thaqif aturkan 3D Jigsaw Puzzle secara menegak 

Ringan dan mudah untuk dipegang. 

Selain memberikan gadget kepada anak, elok dedahkan mereka kepada permainan sentuhan yang membolehkan mata dan tangan untuk bekerja bersama-sama. Tidak dinafikan memberi gadget kepada anak juga penting kerana sejajar dengan peredaran zaman. Sebagai ibu bapa pandai-pandailah kita menyeimbangkannya.
Wassalam.

Post a Comment

0 Comments