Find us on Facebook

Makanan untuk ibu hamil trimester pertama

Assalamualaikum. Memilih makanan terutamanya buat ibu hamil trimester pertama sangat penting untuk menjamin pembesaran janin dan seterusnya. Bukan boleh makan ikut suka sahaja tambah pula bila kita tahu yang usia kandungan masih baru. Pengalaman Fiza pregnant anak kedua dan disahkan kandungan tidak membesar ketika usia kandungan telah mencecah hampir 10 minggu memberikan pengajaran yang besar buat Fiza. 

Banyak jenis makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil, namun banyak juga jenis makanan sihat dan semulajadi yang boleh diambil oleh ibu hamil. sumber

5 Jenis Makanan yang baik untuk Ibu Hamil Trimester Pertama:
  1. Buah
  2. Sayuran
  3. Jenis kekacang dan bijirin
  4. Susu
  5. Makanan laut (Omega 3)
Selain itu, boleh juga amalkan makanan sunnah seperti buah kurma dan wajib mengambil asid folik. Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Image Source

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. sumber

Berikut adalah sedikit sebanyak perkongsian untuk bakal mommies atau mommies yang bakal menambah cahaya mata di luar sana. Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments