Find us on Facebook

Beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari, rebut peluang untuk berjimat sempena promosi hebat kembali ke sekolah

Assalamualaikum. Tak dinafikan buka sekolah kami Tahun 2024 nie memang banyak pakai duit.  Tambahan pula anak Fiza dua-dua sudah masuk sekolah rendah. Dengan yuran buku sekolah rendah, yuran sekolah agama lagi. Persiapan nak berpuasa dan berhari raya lagi, mau berpeluh jugak kita sebagai mak pak nie. Bajet perbelanjaan memang kami dah atur elok-elok.


Beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari, rebut peluang untuk berjimat sempena promosi hebat kembali ke sekolah | Jadinya macam biasa nak buka sekolah, kebanyakan parents nak kena cari baju sekolah baru untuk anak-anak. Tambahan pula kalau anak tu baru nak mulakan alam persekolahan macam Huwainaa. Memang banyaklah perbelanjaan untuk mempersiapkan anak kedua kami nie sekolah. Nak cari uniform sekolah yang berkualiti dan murah, macam biasa kami akan ke Pusat Pakaian Hari-Hari.

Cawangan Bandar Baru Sg. Buloh

Boleh kata semua kelengkapan sekolah ada di sini. One Stop Center untuk parents nak cari baju sekolah anak, masuk sini boleh settle satu hari. Parents tak pening kepala, anak pun tak penat nak try baju kat banyak-banyak kedai. Dulu beli untuk abang Thaqif sekarang untuk Huwainaa sekali. 

Banyak pilihan kelengkapan persekolahan

Senang kalau semua ada dalam satu outlet

Di sini ada ada Baju Sekolah Hari Hari, tudung, inner wears, seluar sukan, t-shirt putih, songkok, botol air, alat tulis, beg sekolah dan macam-macam lagi. Pendek kata korang nak cari apa pun, semuanya ada. Tak perlu nak keluar masuk kedai dan mall semata-mata nak lengkapkan seragam anak ke sekolah. 

Dengan bantuan staf Pusat Pakaian Hari-Hari yang ramah dan mesra, lagi mudah kerja kami untuk pilih saiz baju dan kasut sekolah untuk Thaqif dan Huwainaa. Sejam siap pilih dan beli semua.

Uniform sekolah rendah dan menengah

Sampel pakaian untuk dicuba

Banyak stok baju kat Pusat Pakaian Hari-Hari

Tudung sekolah pelbagai saiz

Anak tudung

Inner untuk anak perempuan

Songkok sekolah

Uniform sekolah agama

Nampak kemas dan segak

Comel dan cantik anak mama

Uniform sekolah rendah

Uniform jenama No Problem

Jenama pakaian sekolah terkenal di Hari-hari adalah Jony & Jeny dan No Problem. Kain dia memang cantik. Baju sekolah Thaqif darjah 2 pun masih elok dan nampak baru. Kain cotton still nampak biru walaupun dah setahun pakai. Jadi tahun nie memang setia dengan dua brand nie dan Huwainaa pun pakai brand yang sama. 

Thaqif dapat uniform sekolah baru lagi

Baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari senang gosok. Fiza suka material kain dia, anak-anak nampak segak dan kemas bila pakai. Bab saiz pun memang Fiza tak risau. Dorang memang ada banyak saiz, stok pakaian pun banyak. 

Huwainaa pilih beg tarik, senang nak bawa buku berat

Alat tulis

Bekas pensil design terkini

Tali pinggang untuk sekolah rendah dan menengah

Macam-macam design botol air ada di sini

Botol air pilihan Huwainaa

Pilihan beg sekolah untuk anak-anak pelbagai peringkat umur

Design kasut yang terkini

Stokin pelbagai saiz

Track suit kanak-kanak

Harga berpatutan dan berbaloi berbelanja di Hari-Hari

Selesai persiapan untuk anak-anak ke sekolah

Settle semua.. syukur alhamdulillah

Dah masuk tahun ke -3 kami sekeluarga membeli segala kelengkapan sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari. Alhamdulillah tahun ini selesai beli semuanya sekali di sini. 

Pusat Pakaian Hari-hari juga ada di atas talian (online). Ini membolehkan pelanggan lebih mudah  membuat pembelian kelengkapan persekolahan anak-anak tanpa perlu keluar rumah.

Misal kata pelanggan tersalah beli saiz baju anak, jangan risau kerana pelanggan masih boleh membuat penukaran saiz dalam masa 7 hari. Dengan syarat item tersebut masih mempunyai tanda harga (price tag) dan dilampirkan sekali dengan resit pembelian. Lagi satu, pembeli boleh walk-in je di mana-mana cawangan Pusat Pakaian Hari-hari yang terdekat.  

Boleh juga buat pembelian online di www.ehari.com atau shopee Hari-Hari

Pusat Pakaian Hari-Hari pilihan keluarga bijak berbelanja. 

Post a Comment

1 Comments