Permainan Online Percuma | Kat mana best nak main game online, free tak perlu download

Assalamualaikum. Sejak dari zaman kanak-kanak Fiza suka main game. Dulu kat rumah Fiza memang abah sediakan game yang kita main kat televisyen. Sekarang game tu dah legend tapi still boleh beli kat shopee. 

Pastu keluar la macam-macam versi game, Playstation, Xbox dan macam-macam lagi. Tapi kalau korang nak main game yang santai-santai, tak perlu nak perah otak, ada satu platform nie memang Fiza suka singgah untuk main game. Anak Fiza pun dah terlibat sama.


Permainan Online Percuma | Kat mana best nak main game online, free tak perlu download | Best ke main game nie? Ada faedah ke? Meh nak jawab. Setiap perkara yang kita buat mesti ada baik buruknya. Sama macam permainan game online. Tak dinafikan ada keburukkannya dan ada kebaikkannya. Jadi kita pandai-pandai lah atur hidup nie, nak dapatkan kebaikan atau sebaliknya.

Bagi Fiza sendiri, asalkan tak membazir masa, untuk hilangkan kebosanan, nak hilangkan stress, main game adalah cara Fiza. Game yang Fiza cari pulak bukanlah yang jenis perang-perang, macam contoh real time playing tu. Sampai terabai semua perkara. Mana ada masa dah nak layan game macam tu, kita layan game simple-simple je kat https://plays.org/



Latar belakang plays.org

plays.org adalah laman web yang menawarkan permainan dalam talian yang boleh dimainkan secara percuma dan cepat dengan hanya melalui browser. Dengan kata lain, korang tidak perlu mendownload sebarang aplikasi untuk main. Hanya taip plays.org, korang akan dibawa terus ke webssite berkenaan.


Kalau korang jenis yang suka main game legend seperti Nintendo, game berbentuk pixel, korang boleh cari kat sini. Betul-betul mengimpau kenangan zaman kanak-kanak. Sebab itulah plays.org ditubuhkan sebab kerana pemilik website ini berpendapat permainan lama yang suatu masa dulu menjadi kegilaan ramai semakin pupus ditelan zaman. Game sekarang tidak dinafikan mempunyai grafik yang cantik, lebih canggih dan lebih menyeronokkan tapi game yang terdapat di plays.org lebih bersifat santai dan simple untuk dimainkan.


Senarai game online di plays.org


Terdapat lebih 100 game yang boleh korang main kat sini. Pilih je kategori yang diminati. Bagi Fiza sendiri, suka game yang berbentuk seperti Simulation, Arcade Classics atau retro pixel. Game berbentuk simulation Fiza paling suka main kerana ia lebih kepada aturan masa dan kecekapan kita dalam mengurus serta mengendalikan situasi dalam permainan tersebut. Sebagai contoh game favorite Fiza:


1. Open Restaurant - Restaurant simulation Game


Cara permainan yang sangat mudah. Kita hanya perlu melayan pengunjung dan mencapai target pendapatan restoran setiap hari untuk meneruskan keesokan harinya. Permainan yang sangat menguji kecekapan kita dalam menguruskan sesuatu restoran. Sebab itu Fiza sangat suka game macam nie. 

Cara mula bermain ditunjukkan

Menarik dan simple

Rekod terbaik untuk 7 hari jer, tak mampu lagi nak pergi jauh


Kekurangan game ini ianya tidak boleh di save. Nama pun game santai-santai kan. Macam kita main game tv dulu-dulu. Mana boleh save, jadinya kita akan bermain dengan bersungguh-sungguh untuk tidak game over terlalu cepat. 

Game Open Restaurant mendapat rating 4.9/5 dari Editor dan 4.7/5 dari pemain yang pernah bermain. Jadi memang tak salah kenapa Fiza pun meminati permainan ini.



2. Flight Sim - Air traffic control simulation

Ini adalah permainan simulasi kawalan lalu lintas udara. Apa yag pemain perlu lakukan adalah dengan mengawal segala kapal terbang, helikopter yang ada untuk tidak bertembung sesama sendiri dan berjaya mendarat. Jumlah pendaratan adalah berbeza bagi setiap level permainan.


Game nie bagi Fiza agak susah. Level 1 pun dah susah tapi sangat menarik untuk main lagi sekali walaupun dah game over. Leve; tertinggi Fiza pun Level 3 je. Memang susah. Tak percaya boleh cuba, mana tahu korang lagi hebat.

Cara bermain

Thaqif pun suka game Flight Sim


3. Brick Out - Breakout-like brick breaker

Game yang nie lagi santai. Pecahkan batu bata jer dengan bola. Simple kan, kalau nak hilang stress memang sesuai sangat game nie. 


Dapatkan Game baru di plays.org setiap hari

Ada banyak lagi game-game baru yang korang boleh main kalau nak. Mereka sentiasa menambahkan game setiap hari untuk terus mengembangkannya. Lagi satu platform ini juga tidak ada sebarang iklan serabut yang pop-up macam di sesetengah website game online yang ada. Tidak perlu memuat turun aplikasi untuk dimainkan dan tidak perlu mendaftar atau buat akaun pengguna sebelum bermain. 


Boleh dimainkan di telefon (Mobile Friendly Cross Browser Support)

Korang kalau ada PC, laptop memang tak de masalah nak main game nie. Tapi kalau korang guna phone pun tiada masalah, Apple iPhones, Google Android semua boleh main. Permainan ini juga berfungsi di Apple Safari, Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Opera dan sebarang browser yang ada. 


Jom layari dan game online pc tanpa download di https://plays.org/ sekarang.

Post a Comment

4 Comments

  1. Wah thanks for sharing this, i nak download for my nieces also

    ReplyDelete
  2. Marsha pun bagi anak yang 4 tahun tu cuba main. Seronok dia main siap senyum-senyum lagi

    ReplyDelete
  3. Bagusnyaaa.. Boleh suggets tanya husbnd ok tak game ni macam ni. Takyay download

    ReplyDelete
  4. Kalau bagitau anak ni confirm diorang suka

    ReplyDelete