Cetak baju dan lukisan canvas di Printcious.com, puas hati kualiti dan harga yang berpatutan

Assalamualaikum. Ini yang kali ke berapa pun Fiza tak ingat sebab terlalu banyak khidmat Printcious yang Fiza gunakan untuk mencantikkan dalaman rumah dan juga untuk kegunaan sendiri. Bagi yang baru singgah baca mesti tertanya-tanya apa yang Fiza dah tempah tu. 

Sebelum ini Fiza pernah dapatkan DIY Throw Pillow, custom made T-Shirt untuk majlis hari jadi, pernah juga beberapa kali dapatkan design Fridge Magnet. Lukisan canvas bertulisan khat pun pernah Fiza buat di sini. Dan yang terbaru, ini yang Fiza nak up untuk entry kali ini.



Cetak baju dan lukisan canvas di Printcious, puas hati sebab kualiti dan harga yang berpatutan | Tak sampai seminggu tempahan Basic Long Sleeve T-Shirt Blogger untuk Fiza dan lukisan canvas khas untuk anak Fiza siap selepas order dibuat. Dah la senang nak gunakan platform Printcious nie. Tak perlu ada kepakaran pun untuk nak design. Kalau nak yang ready design pun banyak. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati.




Kualiti terjamin berpatutan dengan harga

Apa yang Fiza suka di Printcious, materialnya sangat berkualiti sama ada kain, kayu dan apa sahaja bahan yang digunakan tidak akan rosak dimakan zaman. Kalau ikutkan t-shirt yang Fiza pernah tempah 4 tahun lalu pun masih boleh dipakai dan material 100% Premium Cotton sememangnya berkualiti tinggi. 


Begitu juga dengan rangka kayu lukisan kanvas di Printcious. Ringan, mudah di gantung dan cetakannya juga kemas serta terang. Langsung tak pudar walaupun sentiasa digantung atau disandarkan di dinding rumah sebagai perhiasan.


Long Sleeve T-Shirts (custom made)

Dah lama teringin nak ada t-shirt untuk blog sendiri. Jadinya, bila dah ada platform seperti Printcious nie, nak design t-shirt macam mana pun tiada masalah. Pilihan lengan panjang pun ada. Saiz pula ada S, M, L, XL, 2XL. Warna pun boleh pilih, sebabkan Fiza memang suka warna merah, jadi pilihlah merah. Ada 4 pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Putih, Hitam, Kelabu atau Merah. Seronok betul dapat pakai t-shirt nama sendiri. Korang pun kalau nak letak muka sendiri kat atas baju pun boleh. 

Basic Long Sleeve T-Shirt
 
Brand: GILDAN (USA Top Brand)


Cute Ballerina With Sweet Unicorn Canvas (Square)

Untuk lukisan kanvas, Fiza pilih yang ada unicorn sebab nak hadiahkan pada Huwainaa. Dia memang peminat unicorn sejati. Boleh letak di bilik sebagai hiasan meja. Fiza ambil kanvas bersaiz 30cm x 30cm 

Cute Ballerina With Sweet Unicorn Canvas (Square)
 instagram: -studiolondonn -senaykurtulus -semihkurtulus

Ringan dan mudah untuk digantung

Percuma Magnetic Opener


Buat produk dengan rekaan sendiri di Printcious.com

Mudah kan untuk kita abadikan kenangan dan boleh juga hadiahkan buat mak abah di kampung. Hasil cetakan dan produk yang digunakan sangat berkualiti tinggi. Layari Printcious.com atau boleh terus ke pautan di bawah:


Pesanan untuk corporate gifts dan door gifts secara pukal (bulk order) juga turut disediakan. Layari je https://www.printcious.com/my/bulk-order

Post a Comment

8 Comments

  1. bestnya printcious boleh personalized lg

    ReplyDelete
  2. Best cetak barang gift dekat sini. Dulu ada buat.. Kulaiti dia bagus dan tahan lama sampai sekarang

    ReplyDelete
  3. Puas hati kli buat dkt sini sbb boleh customize design sendiri..

    ReplyDelete
  4. Selalu beli di printcious juga, mmg puas hati

    ReplyDelete
  5. I also like to order customized tees and gifts from them, their service is fast and good.

    ReplyDelete
  6. Kita dh pernah print canvas kat sini. Mmg puas hati.

    ReplyDelete
  7. Tengok dah ramai yg buat cetakan kat sini tgk byk designnya yg cantik2

    ReplyDelete