Aik Cheong Coffee "IT’S SIXPACK" dengan Family-styled boxed, nikmati kopi sebenar di rumah

Assalamualaikum. Buat penggemar kopi di luar sana, memahami situasi sekarang, perlu duduk di rumah, nak keluar susah, apa kata korang dapatkan je Aik Cheong Coffee series yang ada di pasaran. Kalau nak tahu Aik Cheong Coffee dah ada macam-macam variasi rasa kopi. Korang pilih je nak kopi hitam, nak kopi putih, nak yang brew sendiri, nak 3 in 1, pendek kata semuanya ada. Review Aik Cheong 3 series product : IT'S SIXPACK, IT'S CUP dan Granola. 



Aik Cheong Coffee "IT’S SIXPACK" dengan Family-styled boxed, nikmati kopi sebenar di rumah | Stok kopi tak pernah kosong kat rumah Fiza nie. Kami memang peminat kopi terutamanya kopi Aik Cheong. Terbaharu pula, mereka telah melancarkan Aik Cheong Coffee "IT’S SIXPACK" lagi menarik dengan packaging kotak yang nampak sangat eksklusif.


Latar belakang Syarikat Aik Cheong

Jenama kopi terkenal Malaysia Aik Cheong Coffee ditubuhkan pada tahun 1955 dan kini telah berusia 65 tahun. Bermula dengan permulaan yang sederhana pada tahun 1955 dan dengan menunujukkan reputasi cemerlang, kualiti unggul dan telah mencapai tahap produk yang luar biasa, kini menjadi kegemaran pelanggan.



Bermula daripada produk minuman Kopi Hitam, Kopi Putih, Teh Susu (Teh Tarik), Hot Chocolate dan selalu menjadi minuman kegemaran orang tempatan. Dengan resipi rahsia yang telah digunakan selama bertahun-tahun dan falsafah jenama yang diwarisi oleh penggantinya selama 60 tahun ini dan dengan kegigihan mereka dalam memanfaatkan biji kopi paling tulen dalam penghasilannya. Produk Aik Cheong Coffee telah kian lebih popular di pasaran dan berjaya mendapat sokongan dari pengguna setia dan juga pelanggan baru.




IT’S Series oleh Aik Cheong Coffee

Dengan perisa yang berbeza untuk memenuhi masa yang berbeza pada setiap hari, kehidupan kita pasti akan lebih menarik jika kita tahu bagaimana untuk “mix and match”. Inilah merupakan trend yang baru untuk menambah keseronokan dalam hidup! Pada bila-bila masa, IT’S akan bersama anda.


IT’S oleh Aik Cheong dipek dalam cawan yang mudah alih supaya anda dapat meningkatkan produktiviti anda serta mencapai persembahan yang lebih besar. Tahukah anda apa berita yang terbaik? IT’S oleh Aik Cheong adalah lebih daripada sekadar cawan mudah alih yang berwarna terang—IT’s direka untuk menceriakan diri anda sepanjang hari.





IT’S Granola makanan ringan paling mudah disediakan

Aik Cheong Coffee sentiasa bekerja keras untuk memenuhi permintaan pelanggan dan penghasilan produk yang berkualiti dan berbaloi. Pada tahun 2020, satu produk baru telah dilancarkan iaitu IT’S Granola dengan mengetengahkan slogan “you oat to try” produk makanan kesihatan.



Produk tersebut mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti “oatmeal, chia seeds, coconut sugar dan canola oil”. IT’S Granola mempunyai dua citarasa yang berbeza iaitu campuran berries serta campuran buah-buahan dan kekacang dalam cawan yang akan memudahkan para pelanggan untuk bawa dan menikmati pada bila-bila dan dimana-mana sahaja.

IT’S Granola Mixed Berries boleh dinikmati dengan yogurt atau dijadikan topping tambahan yang rangup dalam makanan.


IT’S Granola Mix Fruits and Nuts juga boleh dijadikan sebagai makanan ringan untuk wanita hamil dan sangat sesuai untuk dicampurkan dengan susu segar.


Memperkenalkan New Series: IT’S SIXPACK



Berkonsepkan “Family-styled boxed”, Aik Cheong Coffee melancarkan produk terkini「IT'S SERIES - IT’S SIXPACK ] dengan mengekalkan konsep nikmati kopi sebenar di rumah. IT’S SIXPACK menampilkan empat citarasa iaitu IT'S White Coffee Salted Gula Melaka, IT'S Chocolate Marshmallow, IT'S Cappuccino Choco Topping and IT'S Teh Tarik Gula Melaka.

Di dalam kotak mengandungi 6 paket minuman setiap satu untuk hidangan minuman 6 orang. Setiap bungkusan minuman tertulis nombor di atasnya. Nombor-nombor tersebut adalah untuk rujukan, jadi ia memudahkan kita menghasilkan minuman yang sempurna dan memenuhi citarasa tersendiri dengan mengikut langkah yang diberikan. Rasanya juga boleh diubah suai mengikut cita rasa dan kemanisan yang dikehendaki.

IT’S SIXPACK menampilkan empat citarasa


1. IT'S White Coffee Salted Gula Melaka


Produk minuman “IT'S White Coffee Salted Gula Melaka” adalah White Coffee Aik Cheong yang telah dicampur dengan Salted Gula Melaka bagi memberi rasa yang berbeza dan diperkaya dengan Gula Melaka. Tambahan pula, Gula Melaka dikategorikan sebagai gula yang lebih sihat, index glycemic nya yang rendah serta kaya dalam vitamin dan mineral. Aik Cheong memberi jaminan terhadap kualiti pembungkusan dan kenikmatan kopi untuk para pelanggan.


Dalam satu kotak IT’S White Coffee Salted Gula Melaka mengandungi:
  • White Coffee Salted Gula Melaka Premix (30g) x6 sachets
  • Freeze Dried Coffee (1g) x6 sticks


2. IT'S Chocolate Marshmallow - IT’S Masa Penyayang


Minuman coklat dengan marshmallow dengan rasa manis. Warna kotak pink yang sangat memikat hati terutamanya golongan wanita. Sedap diminum panas kerana Marshmallow yang cair dalam minuman coklat ini membuatkan rasanya bertambah unik dan kita tidak akan jumpa dalam kopi pra campuran jenama lain yang ada di pasaran.


Dalam satu kotak IT'S Chocolate Marshmallow mengandungi:
  • Chocolate Premix (40g) x6 sachets
  • Marshmallow (3g) x6 sachets
  • Brown Sugar (5g) x12 sticks


3. IT'S Cappuccino Choco Topping - IT’S Masa Rehat


Antara favorite En suami kalau jenis IT’S Coffee cup. Didatangkan dengan kotak bewarna biru laut, boleh buat stok di rumah, nak sediakan bila-bila masa pun boleh kerana ia didatangkan dalam bentuk sachet. Rasa Cappuccino dengan coklat memang unik dan sedap. Sedap diminum panas atau sejuk.


Dalam satu kotak IT'S Cappuccino Choco Topping mengandungi:
  • Cappuccino Premix (25g) x6 sachets
  • Choco Toppings (0.5g) x6 sticks
  • Brown Sugar (5g) x12 sticks


4. IT'S Teh Tarik Gula Melaka - IT’S Masa Lepak


Peminat teh tarik boleh dapatkan kelainan tekstur dan rasa dengan IT'S Teh Tarik Gula Melaka. Teh tarik dengan gula melaka memberi rasa yang berbeza dan diperkaya kerana masin gula melaka. Sama seperti IT’S White Coffee Salted Gula Melaka, gula yang digunakan dalam IT'S Teh Tarik Gula Melaka adalah lebih sihat, index glycemic yang rendah serta kaya dalam vitamin dan mineral.


Dalam satu kotak IT'S Teh Tarik Gula Melaka mengandungi:
  • Teh Tarik Gula Melaka Premix (40g) x 6 sachets
  • Nata De Coco (32g) x6 pcs


Cara brew kopi IT’S Sixpack Aik Cheong Coffee
 



Aik Cheong 3 series product : It's SixPack, It's Cup dan Granola





Platform jualan dalam online dan offline Aik Cheong Coffee Official 


Produk kini boleh didapati di kedai online (Shopee, Lazada) dan juga supermarket terpilih (Aeon Big, Giant, Mydin) di seluruh Malaysia. Nikmati minuman yang kualit dijamin dan aroma yang menarik pada bila-bila masa dan dimana jua.

SHOPEE - https://shopee.com.my/aikcheong
LAZADA - http://lazada.com.my/shop/aik-cheong-coffee-roaster/


Untuk maklumat lanjut dan pembelian layari website https://www.aikcheong.com.my/ dan laman sosial di bawah:

「Aik Cheong Coffee」Social Media platform:
「Aik Cheong Coffee」Facebook : https://www.facebook.com/aikcheongcoffee
「Aik Cheong Coffee」Instagram : @aikcheong_official

IT's more than just Facebook : https://www.facebook.com/itsbyacc
IT's more than just IG : @its_by_acc

#aikcheongcoffee益昌咖啡 #做_自己 #BeYourSelfAlways #itsbyacc #itsmorethanjust #ITS #ItsCup #itstimetobelieve #Hoot9eeeee #InilahMasanya #VITAMEDIA #ASKPERT

Post a Comment

18 Comments

  1. Nak kena try juga aik cheong coffee its sixpack nih menarik yea

    ReplyDelete
  2. Produk aik cheong memang sedap . CCL suka latte .tapi rasanya nak cari granola . Nampak macam menarik

    ReplyDelete
  3. Banyak jenis kopi aik cheong ni.fuh. Sedap tu yang chocolate marsmallow. Nanti nak cari la

    ReplyDelete
  4. Sedap belaka perisa aik cheong ni.. paling sedap perisa coklat la.. hehe

    ReplyDelete
  5. Macam-macam dah produk Aik Cheong ni kan...nak cuba granola dia lah

    ReplyDelete
  6. Byk pilihan aik cheong ni ye.... Sape peminat coffee ni mesti excited nk try semuanya

    ReplyDelete
  7. Yang ada granola tu nampak sedap je... Nyummm

    ReplyDelete
  8. Wow, six packenarik, macam colir

    ReplyDelete
  9. Best kan semua kopi Aik Cheong ni, I suka semua.

    ReplyDelete
  10. Sedap nya coffee. Tapi tak berani minum. Badan tak tahan dengan kopi. Suka bau dia. Wangi je.. menyegarkan.

    ReplyDelete
  11. suka sangat packaging diaa!

    ReplyDelete
  12. Memang sedap. Saya sejak dulu suka white coffee

    ReplyDelete
  13. Minat yg granola mixed berries tu. Nanti nak usya shopee la

    ReplyDelete
  14. Orang lelaki suka sangat ngopi..skrg ngopi aje kat umah yer

    ReplyDelete
  15. Byk flavor tambah dg granola tu lg sedap

    ReplyDelete
  16. Nanti kalau nak try blh la order

    ReplyDelete
  17. IT'S ni bukan setakat comel, tapi mmg sedap. Semua IT'S series mmg berbaloiiii utk dicuba!!

    ReplyDelete
  18. I also like IT'S SIXPACK especially their White Coffee with Salted Gula Melaka is very special.

    ReplyDelete