Find us on Facebook

Jalan-jalan cari makan lepas PKP di Warung Aziz Satar, Kuala Kemaman

Assalamualaikum. Memang tunaikan niat sewaktu PKP tempoh hari. Masa itu dalam hati kalau habis sahaja PKP, nak round satu Malaysia. Nak pergi jalan-jalan mana je suka. Tudia sampai macam itu niat. Mana taknya, sewaktu PKP tempoh hari, rasa bosan duduk di rumah memang tak dapat dibayangkan. 

Bila habis PKP tengok lah jalan-jalan dan highway kat Malaysia nie. Setiap minggu jem. Bukan Fiza je ada niat nak round satu Malaysia, malah satu Malaysia ada niat yang sama dengan Fiza. Ha.. Gitewwww... 


Jalan-jalan cari makan lepas PKP di Warung Aziz Satar, Kuala Kemaman | Destinasi kedua merentas negeri kami ke Kuala Kemaman, Terengganu. Asalnya kami sekeluarga singgah melawat adik di Kuantan. Sambil-sambil melawat, dapat Thaqif dan Huwainaa bermain dengan sepupu dorang.

Bila dah sampai Kuantan, alang-alang kalau nak cari makan, masuk je Kemaman. Boleh la makan sata ikan ke, dah lama tak makan makanan laut yang fresh.

Baca Warung Aziz Satar di Chukai, Terengganu - Menu makanan rakyat Terengganu di Warung Aziz Satar, Cukai

Pilihan menu makanan goreng-goreng

Pilihan menu makanan bakar-bakar


Destinasi jalan-jalan cari makan, kami singgah di Warung Aziz Satar, Kuala Kemaman. Warung ini agak terkenal di Terengganu. Kalau kat sini cakap je nak makan apa, semua ada. Ikan bakar, celup tepung, seafood, keropok lekor, semua ada. Memang rambang mata kalau nak pilih menu. Semuanya nak makan.

Perut lapar dah nie.. 

Sata ikan

Ikan bakar

Udang celup tepung

Sotong celup tepung 

Jagung ice blended

Sata terbaik memang rasa ikan

Pulut panggang 

Ratah ikan bakar tanpa nasi itu biasa


Kebetulan juga meja makan kami sebelah dengan Hairul Azreen (PASKAL) waktu nie. Dia dengan team skuba. Nak ambil gambar memang tak ler sebab Fiza akan ambil gambar kalau dengan Lee Min Ho je.. haaaa.. aci tak.. 

Okay.. memang kenyang la makan kat sini. Sata ikan siap tambah order lagi sebab terlalu sedap. Sebelum ini Fiza pernah singgah makan di Warung Aziz Satar yang terletak di Chukai, kat situ menu nya lagi menarik. Tapi tulah, tak boleh nak bandingkan kenapa kat sini tiada. Mungkin sebab lepas PKP, menunya masih terhad.

Jadi kalau korang jalan-jalan kat Terengganu, boleh dikatakan banyak je tempat makan sedap kat Terengganu nie.

Baca Warung Aziz Satar di Chukai, Terengganu - Menu makanan rakyat Terengganu di Warung Aziz Satar, Cukai

Terajin, jemput la tonton view kami makan-makan kat sini.. kalau sudi subscribe sekali yer.. terima kasih.



Wassalam.

Post a Comment

8 Comments

  1. Kat sini mmg ramai org makan satar Fiza. Tapi selain kat sini ada lagi yang sedap kat kawasan tu cumanya sini empat dia luas dan mudah cari . Makanan pon sedap2 ..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya sata... lamanya tak makan, rindunya.

    ReplyDelete
  3. Waa pergi jjcm kat Kemaman, kampung husniey ni.. Bestt ratah pais ikan tu, lama tak makan 😁

    ReplyDelete
  4. Favourite ena tu sata ikan. Syok ni semua menu celup tepung

    ReplyDelete
  5. Nama restoran tu memang Aziz satar atau sebab ada jual sata? Pelakon veteren tu ke?

    ReplyDelete
  6. Rindu nak makan sata ikan kemaman.

    ReplyDelete