Find us on Facebook

Sambutan Hari Jadi Huwainaa Khayra bertemakan Hello Kitty

Happy 1st Birthday Baby Huwainaa Khayra


Assalamualaikum. Alhamdulillah, kehendak Fiza hendak mengadakan sambutan hari jadi pertama Huwainaa Khayra tercapai pada 24 Disember 2018 yang lalu. Majlis tersebut berjalan lancar dan sangat meriah dengan kanak-kanak kerana majlis diadakan di Nursery Cikgu Mak. 


Sambutan Hari Jadi Huwainaa Khayra bertemakan Hello Kitty | Majlis ini diadakan untuk menyambut hari Jadi Huwainaa yang telah mencecah umur setahun pada 23 Disember 2018 yang jatuh pada hari Ahad. Kami bercuti pada 24 Disember iaitu pada hari Isnin yang mana nursery pun dibuka pada hari tersebut.

Happy 1st Birthday Huwainaa Khayra


Kek Hello Kitty untuk Huwainaa

Hokkaido Cupcake yang mana cup tersebut dibeli oleh Fiza sendiri

Daripada kek ke cupcake semuanya bertemakan Hello Kitty. Semuanya Fiza telah rancang selama sebulan bagi memastikan majlis hari Jadi ini bertemakan Hello Kitty sepenuhnya. 

Kek Chocolate Indulgence dengan dekorasi Hello Kitty

Puas hati sebab semuanya hasil tangan sendiri

Ready nak nyanyi lagu untuk Huwainaa


Selepas nyanyian lagu Hari Jadi, Huwainaa pun tidak sabar-sabar untuk memotong kek. Dia macam tahu sahaja majlis itu untuk dia. 

Gelagat Huwainaa hendak memotong kek
Masa untuk makan kek
Kanak-kanak nursery memang gemarkan kek Chocolate Indulgende

Bab makan memang Huwainaa tidak cerewet
Sedikit gambar-gambar sekitar majlis Fiza lampirkan di bawah.


Bersama cikgu-cikgu Nursery Cikgu Mak 

Alhamdulillah dan syukur sangat kerana semuanya berjalan lancar. Tema yg memang mama Fiza nak sangat-sangat. Terima kasih kepada nursery cikgu mak dan cikgu-cikgu yang banyak memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Anak-anak nursery Cikgu Mak semuanya berdisiplin dan turut memberi kerjasama yang terbaik.

Happy 1st Birthday Huwainaa Khayra. Mama doakan Huwainaa membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah, ceria selalu, dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus serta berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Mama, dedi dan abang Thaqif sangat sangat pada Huwainaa Khayra. Huwainaa dan tidak lupa abg Thaqif adalah baby mama selamanya.

Wassalam.

Post a Comment

6 Comments

  1. bestnya huwaina sambut bestday..hepi bestday huwaina..moga jadi anak yg solehah..aamiin

    ReplyDelete
  2. meriahnya..pink & hello kity everywhere! cantik!
    Happy Birthday Huwainaa.

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Huwainaa Khayra.. Comelnya tema hello kitty..

    ReplyDelete
  4. Wah2, comelnya tema Hello Kitty! Happy belated birthday Huwainaa!

    ReplyDelete
  5. Kak Fiza dan Hello Kitty berpisah tiada :D

    ReplyDelete