Terima kasih atas pemberian, kejutan dan hadiah pada Hari Jadi tahun ini

Assalamualaikum. Syukur kerana masih dipanjangkan umur dan dapat lagi menyambut hari lahir Fiza pada 11 Disember tahun ini. Bila hari lahir orang pertama yang kita perlu ucapkan terima kasih mestilah mak kita kan. Mak juga orang pertama yang memberikan ucapan selamat hari lahir pada Fiza sebab dia pasti ingat detik-detik masa hendak lahirkan kita.

Hadiah pertama Fiza dapat pada 10 Disember 2018. Awal sehari pemberian daripada Hanis Marketing. Belon dan sepotong ke hari jadi. Surprise dapat waktu pulang dari kerja semasa hendak punch out kerja.

Terima kasih Hanis atas kejutan pertama

Hari lahir Fiza pada 11 Disember menyebabkan seluruh negeri Selangor bercuti. Itulah yang berlaku setiap tahun. Hebat kan. Ini kerana tarikh tersebut merupakan hari cuti umum untuk Negeri Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Jadinya pada hari tersebut Fiza habiskan masa di rumah dengan anak-anak sahaja. Encik Suami bekerja di Kuala Lumpur, jadinya tiada cuti.

Pada 12 Disember memang tidak disangka-sangka ada dua bouquet bunga sampai di pejabat. Pertama pemberian rakan pejabat, Noranita Finance. Fresh Flower bouquet dengan hiasan Hello Kitty. Comel sangat. Gembira tak terkata.

Surprise berganda

Kemudian ada pula penghantar bunga datang ke pejabat dengan membawa Choco Flower Bouquet dan kek hari Jadi. Rupanya pemberian encik suami. Terima kasih abang atas pemberian yang tidak disangka. Happy betul Fiza sebab dapat 2 bunga pada hari tersebut.


Terima kasih rakan-rakan. Bersama Hanis dan Noranita


Jom potong kek

Surprise tidak habis lagi. Pada 13 Disember pula Fiza dikejutkan dengan pemberian plush toy Hello Kitty daripada ex staff Nadia. Siap hantar kat pejabat buat surprise. Mestilah seronok sebab dapat hello kitty. Sekarang jadi hiasan kat meja pejabat Fiza.

Terima kasih Nadia. Fiza memang gembira sangat.





Nursery Cikgu Mak juga berikan kejutan dengan menghadiahkan belon dan juga Choco Bouquet sewaktu Fiza hendak ambil Thaqif dan Huwainaa di nursery. Surprise yang kedua untuk hari itu. Berebut dengan Thaqif sebab dia ternampak coklat ada dekat bunga yang mama dia dapat.



Pada 14 Disember, Jumaat Fiza bercuti di rumah. Rakan pejabat singgah ke rumah untuk mengambil barang. Waktu itu juga mereka datang dengan kek. Terima kasih Aida marketing hadiahkan kek Choco Indulgence. Sedap sangat sampai habis kami sekeluarga makan.




Terasa sambutan hari lahir yang rakan-rakan serta kenalan berikan pada tahun ini betul-betul bermakna buat Fiza. Tidak pernah lagi Fiza dapat kejutan demi kejutan. Memang Fiza sangat gembira dan seronok sehingga tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Terima kasih kepada Allah kerana menghadiahkan rakan-rakan yang baik pada Fiza. 

Semua ini Fiza tidak akan lupakan. Cerita kegembiraan yang Fiza kecapi akan diabadikan dalam blog ini. Terima kasih kepada suami dan rakan-rakan semua atas pemberian, kejutan dan hadiah pada Hari Jadi Fiza tahun ini. 

Wassalam.

Post a comment

5 Comments

  1. hepy blated bday.. semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  2. amboi..meriahnya bestday dia walaupun tanpa sambutan yg rasmi. Hepi bestday fiza,,:)

    ReplyDelete
  3. Wah, bestnya dapat macam2 kejutan dan hadiah. Happy birthday, moga panjang umur dan murah rezeki selalu...

    ReplyDelete
  4. Wah meriah betul hadiah dan kejutan.. Memang murah rezeki yang memberi dan yang menerima..
    Happy belated birthday ye awak..

    ReplyDelete