Find us on Facebook

Pembelian Drypers Drypantz percuma Exclusive Superwing Hoodies T-shirt

Assalamualaikum. Sempena Lazada Big Baby Fair 18th - 26th November 2018 yang lepas, Fiza sempat menggunakan promosi tersebut untuk membeli stok lampin pakai buang dan stok susu Thaqif. Penjimatan sebanyak RM 30 bila dihitung kira dan tiada kos penghantaran.

Model Lazada tidak berbayar


Lampin pakai buang pilihan Fiza adalah Drypers Drypants. Memang sejak anak Fiza baru lahir, memang Fiza pilih Drypers. Salah satu sebab dia boleh redeem hadiah dengan kod yang ada dalam bungkusan Drypers. Banyak Fiza sudah kongsikan mengenai hadiah yang Fiza telah dapat hasil daripada penebusan kod mata Drypers ini.


Drypers Drypantz percuma Exclusive Superwing Hoodies T-shirt


Hoodies T-shirt Donnie (Packaging saiz XL)


Hoodies T-shirt Jett (Packaging saiz L)

Super Wings adalah siri televisyen animasi Korea yang sangat digemari oleh kanak-kanak di Korea dan sekarang di Malaysia. Anak-anak kecil mesti kenal dengan Superwing. Dengar lagu pun kalau tengah bermain boleh berhenti nak tengok tv. 


Rezeki dapat grab 2 helai






Elok pulak muat dengan budak dua ketul nie.


Mak-mak boleh dapatkan Superwing Hoodies T-shirt sementara stok masih ada. Comel sangat dan material kain pun lembut.  Dijamin anak selesa.

Wassalam.

Post a Comment

4 Comments