Find us on Facebook

Pengalaman Menginap di HARRIS Suites fX Sudirman Jakarta, Indonesia

Percutian kami di Jakarta, kami memilih HARRIS Suites fX Sudirman Jakarta sebagai tempat penginapan. Hotel ini terletak di kawasan Sudirman, Jakarta, Indonesia dan antara kelebihannya ialah lokasinya yang bersambung terus dengan pusat membeli-belah fX Sudirman.

Bagi saya, pemilihan hotel yang strategik memang penting apabila bercuti. Lebih-lebih lagi apabila kita datang ke bandar besar seperti Jakarta yang terkenal dengan kesibukan lalu lintasnya.



Lokasi Strategik di Sudirman

HARRIS Suites fX Sudirman terletak di Jalan Jenderal Sudirman, Pintu Satu Senayan. Kedudukannya juga berhampiran dengan beberapa lokasi popular seperti Gelora Bung Karno (GBK), Plaza Senayan dan Senayan City.

Apa yang menarik, hotel ini mempunyai akses berjalan kaki terus ke fX Sudirman Mall. Jadi, kalau terasa lapar atau nak mencari makanan, memang mudah kerana terdapat pelbagai pilihan kedai makan dan restoran di pusat membeli-belah tersebut.

Masa Untuk Berehat

Selepas seharian berjalan-jalan meneroka Jakarta, dapat kembali ke hotel dan berehat memang satu perkara yang cukup menyeronokkan.

Kami memilih bilik kategori HARRIS Deluxe di HARRIS Suites fX Sudirman Jakarta.


Bagi kami, hotel bukan sekadar tempat untuk tidur, tetapi juga tempat untuk mengumpul tenaga sebelum bertolak balik keesokkan hari.





Kemudahan Hotel

Hotel ini menawarkan beberapa kemudahan untuk keselesaan pengunjung termasuk kolam renang, gimnasium, gelanggang tenis, Wi-Fi percuma dan perkhidmatan housekeeping harian.

Antara tarikan hotel ini ialah pemandangan bandar Jakarta dari bilik-biliknya yang mempunyai tingkap besar. Memang menarik untuk menikmati suasana kota metropolitan dari aras tinggi.

Antara kemudahan yang menarik perhatian kami di HARRIS Suites fX Sudirman ialah kolam renangnya yang terletak di tingkat 10.

Kolam renang ini merupakan kolam renang outdoor dengan pemandangan bangunan-bangunan tinggi di sekitar kota Jakarta. Memang menarik kerana kita boleh menikmati suasana bandar metropolitan sambil bersantai di kawasan kolam.

Bagi yang suka aktiviti santai ketika bercuti, bolehlah masukkan kolam renang ini dalam senarai kemudahan yang ingin dicuba apabila menginap di HARRIS Suites fX Sudirman Jakarta.

Alhamdulillah, satu lagi pengalaman menginap yang menjadi sebahagian daripada kenangan perjalanan kami di Jakarta, Indonesia. 

Jika korang juga berhajat untuk menginap di HARRIS Suites fX Sudirman Jakarta, boleh semak harga, promosi dan tempahan hotel melalui pautan Agoda di bawah.

👉 Klik di sini untuk semak harga dan tempahan HARRIS Suites fX Sudirman Jakarta

Selamat merancang percutian ke Jakarta! ❤️

Post a Comment

0 Comments