Find us on Facebook

Last Day di Kota Bandung: Check Out Hotel Cavana & Beli Ole-Ole Kartikasari

Tak sedar dah sampai ke hari terakhir kami di Kota Bandung. Rasa macam baru je sampai, tup-tup dah kena kemas beg dan bersiap untuk ke destinasi seterusnya. 

Pagi tu kami mulakan hari dengan breakfast di Hotel Cavana Bandung. Makan santai-santai sambil menikmati pagi terakhir di Bandung. Lepas breakfast, kami naik semula ke bilik untuk kemas barang dan buat persiapan sebelum check out.




Check Out Hotel Cavana Bandung

Selesai semuanya, kami pun check out dari Hotel Cavana Bandung. Barang-barang dah siap, beg pun makin berat sebab ada beberapa barang shopping sepanjang berada di Bandung. 



Tapi sebelum terus ke stesen kereta api, ada satu misi terakhir yang wajib diselesaikan...

Beli ole-ole! 

Singgah Kartikasari Beli Ole-Ole



Kalau datang Bandung, memang susah nak balik dengan tangan kosong. Jadi kami singgah ke Kartikasari untuk beli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang.

Kartikasari ni memang antara tempat yang terkenal di Bandung untuk cari makanan dan buah tangan, terutama aneka kek, brownies, pastry dan makanan ringan. Bau kuih yang baru dibuat pun dah cukup buat kita rambang mata.




Kami pun ambil peluang beli beberapa ole-ole untuk dibawa pulang. Biasalah, masuk kedai ole-ole ni niat asal nak beli sikit… sekali bakul makin penuh. Akhirnya dapatlah beberapa ole-ole untuk keluarga dan orang tersayang di rumah.


Beg dah penuh, tangan pun penuh... sekarang tinggal satu lagi misi — ke stesen KAI! 

Menuju Ke Stesen KAI

Selesai shopping ole-ole di Kartikasari, kami terus bergerak ke stesen kereta api untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Untuk perjalanan kali ini, kami menggunakan KAI – PT Kereta Api Indonesia (Persero). KAI merupakan syarikat kereta api nasional Indonesia yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan penumpang dan juga barangan di seluruh Indonesia.

Menariknya, perkhidmatan KAI bukan sekadar kereta api jarak jauh. Dalam ekosistem KAI juga terdapat perkhidmatan kereta api bandar, kereta api tempatan, kereta api lapangan terbang dan beberapa perkhidmatan rel yang lain.

Bandung officially sampai di penghujung perjalanan kami.

Breakfast ✔️
Check out hotel ✔️
Ole-ole Kartikasari ✔️
Naik kereta api ✔️

Bye-bye Bandung! 

Terima kasih untuk segala kenangan, makanan sedap, tempat menarik dan pengalaman sepanjang berada di sini. Dari jalan-jalan, makan, shopping sampailah ke perjalanan dengan kereta api — semuanya jadi sebahagian daripada cerita perjalanan kali ni.

Dan sekarang...

Jom sambung perjalanan ke destinasi seterusnya! Jakarta kami datang!!

Post a Comment

0 Comments