Selesai urusan check-out dari HARRIS Suites fX Sudirman, tibalah hari terakhir percutian kami di Jakarta. Sebelum pulang ke Malaysia, kami masih mempunyai sedikit masa untuk menikmati suasana kota Jakarta buat kali terakhir.

Memandangkan penerbangan pulang kami dijadualkan pada pukul 8.00 malam, kami mengambil kesempatan untuk singgah makan terlebih dahulu sebelum menuju ke lapangan terbang.
Makan di Pagi Sore Jakarta

Kalau datang ke Indonesia, memang tak lengkap rasanya kalau tak menikmati hidangan masakan Padang. Jadi, kali ini kami singgah makan di Pagi Sore Jakarta untuk menikmati hidangan sebelum pulang.
Melihat pelbagai pilihan lauk yang tersedia memang boleh rambang mata dibuatnya. Masing-masing memilih lauk kegemaran untuk dinikmati bersama.

Memang puas hati dapat menikmati hidangan masakan Indonesia sekali lagi sebelum meninggalkan Jakarta.
Menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia.
Selepas selesai makan, kami meneruskan perjalanan menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.
Setibanya di lapangan terbang, kami menyelesaikan urusan check-in dan bagasi terlebih dahulu. Memandangkan masih ada masa sebelum penerbangan pukul 8.00 malam, kami mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar terminal.
Shopping Terakhir, Habiskan Baki Duit Rupiah!
Inilah bahagian yang paling ditunggu-tunggu! Sebelum pulang, mestilah kena habiskan baki duit rupiah yang masih ada. Sayang pula kalau banyak sangat duit Indonesia dibawa balik.
Kami pun mengambil kesempatan untuk singgah di beberapa kedai sekitar lapangan terbang. Ada sahaja barang yang menarik perhatian. Kononnya nak tengok-tengok sahaja, tetapi akhirnya ada juga barang yang masuk dalam beg.
Biasalah, shopping saat akhir! Duit rupiah yang berbaki kita gunakan sebaik mungkin untuk membeli sedikit buah tangan dan barangan yang menarik.
Nampaknya misi menghabiskan baki rupiah berjaya juga akhirnya. Hahaha!
Masa Untuk Pulang ke Malaysia
Selepas puas berjalan-jalan dan shopping, kami berehat sementara menunggu waktu boarding. Tidak lama kemudian, tibalah masa untuk menaiki pesawat bagi penerbangan pulang ke Malaysia.
Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan percutian kami di Jakarta, Indonesia. Banyak pengalaman menarik yang kami lalui sepanjang berada di sini, daripada meneroka tempat-tempat menarik, menikmati makanan tempatan, pengalaman pengangkutan sehinggalah menginap di hotel.
Walaupun percutian sudah berakhir, kenangan yang tercipta pasti akan disimpan sebagai sebahagian daripada travel diary keluarga kami.
Jakarta, terima kasih untuk segala kenangan indah. Insya-Allah, ada rezeki kita jumpa lagi! ❤️
Begitulah berakhirnya trip kami Bandung-Jakarta. Sampai jumpa lagi di cerita travel yang seterusnya!
.jpeg)



0 Comments