Find us on Facebook

Nak bergambar macam kat Negara Jepun, datang Bamboo Hills Off Lebuhraya DUKE

Assalamualaikum. Siapa yang selalu gunakan Highway DUKE mesti akan nampak air terjun cantik tepi highway tu. Dua tiga kali lalu sebelah Highway DUKE, memang tertanya-tanya tempat apa yg cantik sangat tu.


Nak bergambar macam kat Negara Jepun, datang Bamboo Hills Off Lebuhraya DUKE | Haaa nie dia kami dah singgah Bamboo Hills sambil-sambil join event GKB, celebrate sekali birthday Thaqif.

Story cover event tu korang boleh baca kat sini --> GKB Soft Launch Event 2023


Bamboo Hills nie sebenarnya tempat makan-makan. Nak buat event, majlis kahwin memang cun kat sini. Tapi rata-rata yang datang lepak sini bukan orang Melayu. Kami datang nie pun sebab ada event kalau tak memang tak jejak jugak kaki kat sini. 



Ada banyak restoran mewah kat sini. Alang-alang dah sampai sini, kami celebrate birthday Thaqif sekali dekat Starbucks. 





Korang yang sukakan kehijauan, ketenangan nak berOOTD memang sini tempat yang sesuai rasa macam kat Jepun. Terdapat pelbagai acara, aktiviti, market, festivals dan tawaran istimewa yang dorang sediakan untuk sepanjang tahun di Bamboo Hills. Nak tahu kena la datang sini. 

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. Ada elemen air, batu dan pokok. Ada konsep zen garden kan.

    ReplyDelete
  2. Seminggu ntah berapa kali lalu sini otw balik dri hospital selayang ke Ampang lalu duke.. insyallah lepas ni boleh singgah .. thanks info :D

    ReplyDelete