Find us on Facebook

Dapat reusable cup BLACKPINK pun jadilah buat ghaso-ghaso

Assalamualaikum. Kita nie tak tahu lah, nak rasa sedih ke atau rasa nasib baik (jimat duit) tak dapat koleksi Blackpink x Starbucks nie. Tapi rasa kecewa tu tetap ada sebab kita nie memang suka barang warna black dan pink. Bila tak dapat satu pun koleksi terbaharu nie rasa macam terkilan jugak. 


Dapat reusable cup BLACKPINK pun jadilah buat ghaso-ghaso | Nak seribu daya kan. Kita tak buat seribu daya sebab masa dorang launch tu kita kerja, lepas tu takde la nak beratur pukul 6-7 pagi depan Starbucks. Tak dapat koleksi tumbler tu pun tak pe. Kita pergi cuba nasib untuk dapatkan reusable cup BLACKPINK. Tengok dorang review cup nie pun bukan biase-biasa.

Heart cookie Blackpink

Selepas 2 hari launch, kita nie pergi la Starbucks AEON Mall Anggun Rawang. Masa walk in tu kita tanya budak setabak, ada lagi ke koleksi Blackpink nie, dia pun cakap "minta maaf kak, koleksi tu habis 10 minit je mase korg bukak outlet, dorang tunggu depan AEON pagi-pagi lagi". Nak tergelak pun ada sebab kita datang dah 2 hari lewat kena redho jelah. 

Tapi budak tu bagitahu ada pun lebih kurang 10 je lagi  reusable cup BLACKPINK. Dia tunjuk dan kita tengok, eh nice jugak. Cup tebal, warna pink, straw pun yang jenis guna semula, ade cop setabak. 

Koleksi Blackpink x Starbucks

Dambaan hati tak kesampaian

Okay akak nak 2 air blackpink. Tak yah beria nk sebut grande ke, venti ke.. cakap melayu je. Nak order pun tak fikir panjang dah sebab lepas nie memang dah takde dah cup nie. Ini pun mujur kat setabak rawang ada lagi, tempat lain dah sold out.

Korang yang berhajat nak beli BLACKPINK Strawberry Choco Cream Frappuccino Blended lepas nie, dorang akan letak dalam cup biasa je. Bergantung pada nasiblah kalau outlet tu masih ada cup nie lagi atau tak. 

Satu untuk mama, satu untuk Huwainaa

Nama minuman nie BLACKPINK Strawberry Choco Cream Frappuccino Blended. Adunan ais strawberi merah jambu dengan sirap coklat gelap di bahagian bawah dengan krim putar warna pink dan heart cookie di bahagian atas. 

Macam mana rasa air Starbucks Blackpink nie? Rasa dia macam susu dutchlady Strawberry. Sebijik yer. Manis sikit sebab bawah dia ada coklat. Tapi sedaplah, harga pun boleh tahan, satu cup nie RM 37.65 tak termasuk tax. 

Ginilah rupa cup dia comel!!!

Paper bag nie rasa nak framekan je

Dapat 2 x Starbucks Tumbler Bag Reusable Woven Dust Bag

Dah habis boleh basuh simpan buat koleksi

Seronok jugak walaupun dapat cup nie je

Total semua Fiza habiskan untuk Starbucks sahaja RM 91.35 sebab ada tambah beef Ragu. Favorite sangat kalau pergi Starbucks order beef ragu, cuma inti dalam beef ragu dah nampak makin kurang je. Alahai dah la mahal, makin sikit pulak isi dalam dia. 

Takpelah dah selamat dalam perut. Yang penting kita happy dapat jugak cup nie. Tengok banyak yg jual semua dengan harga 2 kali ganda. Laku yer cup nie. Nak jual jugak ke, kita up 3 kali ganda la gitu.. haha.. gurau.. tak nak jual, nak simpan bikin pusaka.

Wassalam. 

Post a Comment

1 Comments