Find us on Facebook

Makanan Korea paling Top sekarang dah ada di Mykōri Dessert Cafe

Assalamualaikum. Kalau datang selera korea memang susah nak tolak. Tapi bila duduk kat Sg. Buloh nie, nak cari makanan korea memang susah. Dulu ada BBQ Chicken, tutup. Lepas tu ada cafe ape tu pun tutup. Mungkin orang Sg. Buloh tak suka makan makanan korea kot. 


Makanan Korea paling Top sekarang dah ada di Mykōri Dessert Cafe | Bila Mykōri Dessert Cafe dah keluarkan menu makanan korea, perghhh memang ini yang ditunggu-tunggu. Tak kisahlah cafe dessert Jepun tapi ada makanan Korea pun, sis layan habis makan kat sini. 

Ada pelbagai jenis menu yang korang pasti akan datang lagi selepas menikmatinya. Kat sini tteokbokki, kimchi jjigae, oppa chikin burger, cheese fries dan bermacam-macam lagi. Kalau order ayam, mesti order kakigori juga baru kick! 

Tapi sebabkan makan dengan anak-anak, kita amik ayam soy sauce je buat raso-raso sebab pertama kali try makan nie. 

Chocolate Banofee Kakigori

Mykōri Dessert Cafe memang terkenal dengan Kakigori (shaved ice) . Itu semua kami dah rasa sebelum nie. Sekarang nie nak try menu baru yang dorang baru launched. 

Spicy Ramyeon set dengan air

 Tteokbokki

Black rice set dengan air

Boneless chicken



Tteokbokki paling win dan wajib korang cuba. Anak-anak sis boleh makan sebab tak berapa pedas. Sebabkan tak cukup, terpaksa order dua tteokbokki, dasyat betul kesedapan dia. 

Repeat lagi? Mestilah. Antara the best korean food yang kami pernah makan. Lepas nie lepak mana weekend? lepak Mykōri Dessert Cafe laaaa...

Wassalam. 
 

Post a Comment

1 Comments

  1. Lapar pulak tengok. Before ni pernah makan dessert dia je. Nanti bolehlah try korean menu kat sini pulak.

    ReplyDelete