Taman Rimba Riang sesuai untuk riadah dan berbasikal area Kota Damansara

Assalamualaikum. Sekarang ramai ibubapa cari taman-taman yang sesuai untuk beriadah, bersantai dengan keluarga. Kalau kawasan Fiza, taman yang agak berdekatan dan sesuai untuk berbasikal, ada tasik cantik, iaitu di Taman Rimba Riang, Kota Damansara.


Taman Rimba Riang sesuai untuk riadah dan berbasikal area Kota Damansara | Masa Fiza pergi nie kebetulan tak ramai orang. Tapi baru-baru ini, saja nak bawa anak, alahai ramai juga orang tetapi disebabkan tempat terbuka, tanggungjawab sendiri la untuk jaga SOP. Sebab mana-mana pun kita pergi akan ramai orang. Tak ramai dah yang nak duduk di rumah terutamanya hujung minggu. 



Taman kat sini memang cantik, luas, boleh pusing-pusing tasik. Pokok banyak, memang tenang kalau ke sini. Anak-anak pun seronok je dapat bebas dan berlari atas tanah. 





Bagi yang berdekatan dengan Kota Damansara, memang akan tahu tasik ni di mana. Kalau nak datang korang google map je Taman Rimba Riang, Jalan Rimba Riang 9/1, Kota Damansara. Ada scooter bawa, ada basikal pun boleh bawa. Nak jogging jangan lupa bawa kasut yer.. nak jalan santai-santai pun best sambil bergambar. 

Sekian update, nanti sambung lagi.. banyak lagi nak story nie.

Wassalam. 

 

Post a Comment

1 Comments

  1. Layan anak-anak dalam kesibukan. Tempat yang sangat sesuai.

    ReplyDelete