Menginap di Concorde Hotel Kuala Lumpur, hotel dalam KL tau!!!

Assalamualaikum. Bila rakyat Malaysia dah boleh rentas negeri, hotel depan rumah pun full booking tau. Semua kalau boleh tak nak duk dalam rumah. Tapi kami tak de la ambil hotel depan rumah. Pergi jauh sikit, cari hotel dalam Kuala Lumpur, walaupun nak pergi KL tak sampai 20 minit. Hotel betul-betul dalam Bandaraya Kuala Lumpur, jom baca review Hotel Concorde Kuala Lumpur atau kalau nak glamour Hotel Pok Ya Cong Codei.


Menginap di Concorde Hotel Kuala Lumpur, hotel dalam KL tau!!! | Bagi yang tinggal di KL, kerja kat KL memang tak heran dengan Hotel nie. Masa kerja kat area Jalan Sultan Ismail dulu pun mmg tak pandang hotel nie sebab hari-hari lalu. Sekarang nie, rasa mcm best pula hotel nie. Nak merasa tidur dalam bandaraya KL, boleh booking Concorde Hotel.

Terletak di Jalan Sultan Ismail, dari hotel boleh nampak view KL Tower dan KLCC. Sebab itu Fiza rasa ia hotel yang best dan walaupun tengah bandaraya tak de pula bunyi bising. Masih dalam suasana hotel yang tenang dan nyaman.

Lobi hotel dan receptionist 

Superior Room

Macam biasa tempahan dibuat di Agoda. Kami ambil 2 hari 1 malam. Harga pun murah RM 174 satu malam. Boleh la kan, nak lepak-lepak dalam hotel. Lagi satu kami ambil Queen Bed je.. muatlah untuk kami anak-beranak.

Televisyen

Coffee/tea maker

Lama anak-anak tak stay hotel

Ruang santai

Nak makan, order melalui QR Code

Shower

Toiletries


Almari dan kemudahan menyeterika

City view

In-room safe box juga disediakan

Hotel mana-mana pun memang akan lengkap dengan kemudahan. Fiza saja share apa yang ada dalam bilik hotel, nampak la meriah sedikit entry nie kan. Okay kita jejalan dan tengok luar bilik pulak. 

Sini ada kolam mandi yang agak besar, berlatar belakangkan KLCC. Memang cantik view kat sini. Nak bagi anak mandi, memang Fiza tak benarkan. Masih lagi ada rasa takut dengan situasi Covid, jadi kita abaikan je kolam nie. Ada je yang mandi, mujur anak-anak faham dan tak meminta untuk mandi kolam.





Restoran dalam hotel





Concorde Hotel bertaraf 4-star business class property. Menawarkan akses mudah ke pusat perniagaan yang berkembang maju dan tempat pelancongan di KL. Pilihan yang baik untuk pengembara perniagaan dan pelancong yang inginkan penginapan mewah di tengah-tengah Kuala Lumpur. Boleh tempah melalui Agoda di sini --> Concorde Hotel, Kuala Lumpur

Wassalam.



Post a Comment

2 Comments

  1. pergi hotel sebab layankan anak-anak je kan.. kita tumpang release stress je

    ReplyDelete
  2. memang cantik hotel Concorde ni. belum pernah menginap di sini

    ReplyDelete