Find us on Facebook

DJ dan penerbit muzik antarabangsa, Alan Walker akan meluangkan masa berkualiti bersama peminat di Malaysia melalui JOOX ROOMS

• DJ berdarah Inggeris-Norway yang popular di seluruh dunia, Alan Walker dijadualkan akan melepak bersama peminat setianya di Malaysia pada 25 November melalui fitur baharu “JOOX ROOMS” yang telah dilancarkan baru-baru ini.

• Kumpulan gadis K-Pop SKYLE juga akan meluangkan masa berharga mereka untuk berjumpa dengan peminat mereka melalui “JOOX ROOMS” pada 23 November.



Peminat muzik di Malaysia sentiasa menginginkan lebih dari hanya menghargai muzik daripada artis kegemaran mereka, tetapi juga peminat berhasrat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siapakah sebenarnya artis kegemaran mereka dan cerita di sebalik lagu ciptaannya. Apakah cara yang lebih baik untuk mengetahui semua itu selain daripada bercakap dan berseronok dengan artis kegemaran mereka secara langsung? JOOX, platform muzik dan hiburan yang paling berdedikasi di Asia, telah membuka pintu kepada peminat di Malaysia untuk melepak secara lebih dekat dan peribadi di dunia maya dengan DJ berdarah Inggeris-Norway dan penerbit muzik Alan Walker melalui “JOOX ROOMS”, dimana ianya membolehkan pengguna terlibat secara langsung untuk bersembang melalui “audio” dan “video” dengan rakan dan keluarga bersama artis kegemaran mereka!

Lanjutan daripada inisiatif khas JOOX iaitu kolaborasi dan “mix remix” antara Alan Walker dan artis-artis Asia pada awal tahun ini, bintang muzik global Alan Walker akan meluangkan masa untuk bersama dengan peminat setianya di “Artist Room”nya sendiri pada 25 November, 9 malam. Jika anda sentiasa impikan untuk berbual dengan idola

muzik kegemaran anda secara langsung, maka inilah peluang yang telah anda nanti-nantikan, kerana penerbit muzik terhangat itu akan berinteraksi secara langsung dengan peminatnya untuk menjawab soalan-soalan dan berkongsi dengan lebih banyak tentang kehidupan dan muziknya!

Poshu Yeung, Senior Vice President of JOOX, berkata, “JOOX sangat memahami betapa pentingnya artis dan peminat mereka untuk kerap berinteraksi, serta berkongsi dan meraikan minat yang sama dalam mencipta dan mendengar muzik. Dalam era digital ini, artis boleh menjalinkan hubungan yang lebih mendalam dengan pendengar mereka dalam talian dengan lebih mudah, itulah yang kami sasarkan dengan sesi bertemu peminat di dunia maya ini melalui JOOX ROOMS antara Alan Walker dan pengguna JOOX yang juga merupakan peminat setianya.”

Bercakap kepada peminatnya di seluruh Asia, pemuzik dan penerbit Alan Walker berkata, “Saya sengat gembira apabila mengetahui bahawa muzik ciptaan saya dapat menawan hati dan minda orang di seluruh dunia. Apa yang lebih menarik lagi adalah apabila saya kini boleh meluangkan masa untuk mengeratkan lagi hubungan saya dengan semua peminat saya dalam talian dengan lebih mudah, oleh kerana itu saya sangat tidak sabar untuk bertemu peminat saya di Asia terutamanya di Malaysia melalui JOOX ROOMS.”

Jangan ketinggalan untuk mengikuti rentak muzik terkini serta artis tempatan dan antarabangsa yang terhangat, dimana JOOX juga telah menjadualkan sesi bertemu peminat antara kumpulan perempuan K-Pop SKYLE dengan peminat mereka melalui JOOX ROOMS pada 23 November, 8:30 malam. Sila semak jadual untuk “Artist Room” Antarabangsa yang akan datang di bawah ini:

 

SKYLE (23 November)

Alan Walker (25 November)

Malaysia

8:30 malam

9 malam



Jangan ketinggalan untuk saksikan siaran langsung dan konsert terhangat yang menampilkan artis-artis popular tempatan dan antarabangsa serta berinteraksi dengan artis kegemaran anda! Dengan lebih daripada 40 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis, lagu, album dan senarai main yang dapat diperibadikan mengikuti kegemaran anda. Nikmati pilihan muzik anda pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX pada Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX website.

Post a Comment

0 Comments