Berkelah di Lata Keding, Bukit Kudung air jernih dan cetek, sekeding nama lata

Assalamualaikum. Bila dapat rentas negeri, mula-mula sekali pergi tengok mak dan abah di Pahang. 2 minggu kemudian kami terus shoot ke Kelantan untuk jumpa ma dan abah (mertua) pula. Ambil cuti 9 hari terus. Memang betul-betul kami spend time, bercuti, release stress, bagi anak-anak main dengan sepupu. Rasa cuti kali ini memang betul-betul puas hati. 

Hari pertama dan kedua di kampung kami hanya lepak di rumah. Biasalah perjalanan hampir 6 jam juga dari Selangor ke Kelantan. Sampai je line Maxis buat hal sebab Fiza tak tukar sim 3G ke 4G. Alahai memang salah sendiri sebab lengah. Terus pergi ke servis Centre Maxis untuk tukar sim. Kena caj RM 20.

Laluan / signboard ke Lata Keding

Berkelah di Lata Keding, Bukit Kudung air jernih dan cetek, sekeding nama lata | Lepas settle memang lega. 2 hari tu duk layan suasana kampung. Sambil-sambil pergi ke bandar untuk mencari barang keperluan, pergi pasar dan jolok buah kelapa, sebab teringin nak minum air kelapa fresh. Dapat makan masakan Ma, nasi kerabu, nasi berlauk, memang nikmat tak terkata. 11 bulan tak balik, dedi lagi la happy. 

Hari ketiga, Dedi bawa pergi berkelah. Mula-mula kami lajak ke Kashmir, Jeli. Rupanya tempat tu dah lama ditutup memandangkan ia sebenarnya kawasan larangan TNB. Tak jadi masalah. Kat Kelantan nie banyak sungai. Pilih je nak berkelah kat mana. 

Kami buat keputusan untuk ke Lata Keding, tempat nie viral sebabkan ada Lalang’s Resort & Spa. Resort dia memang cantik dan menenangkan. Waktu kami sampai memang ramai orang. Port bergambar pun banyak. 

Sewa khemah tepi sungai

Pengunjung ramai di resort tapi tak ramai mandi sungai Lata Keding nie, sebab hari kerja kan. Jadi kami sewa khemah dan mula berkhemah. Fiza pun awal-awal pagi dah siapkan bekalan nasi lemak sambal ikan bilis. Sambil mandi, lepas ltu makan, pastu sambung mandi, barulah syok.

Bekal nasi lemak

Buka khemah senang nak salin baju

Mama bizi dengan anak yang tak sabar nak mandi

Anak-anak bersama Tokma

Enjoy pemandangan Lata Keding

Cantik, air jernih

Mek Na pun suka mandi sungai

Gelagat anak mandi sungai

Awat Dedi lagu tu...

Kemain seronok abg Thaqif

Dedi jadi tarzan jap

Orang tak ramai, boleh mandi puas-puas


Orang Kelantan memang akan tahu tempat nie, kalau orang luar, boleh search Lalang’s Resort & Spa, sebabnya sebelum korang akan jumpa Lata Keding nie dahulu sebelum resort tu. Gerbang masuk pun ada tertulis resort tu. 

Best mandi kat Lata Keding nie, air cetek je, memang selamat untuk anak-anak mandi. Bagi korang yang singgah bercuti di Kelantan, boleh datang sini berkelah dengan famili. 

Wassalam.

Post a Comment

1 Comments

  1. mandi sungai lagi seronok dari mandi di kolam kan Fiza. Seronok betul bercuti tu sampai 9 hari

    ReplyDelete