Sambal Petai US Pizza betul ke sedap? Nak tahu pizza sedap ke tak, tengok kat topping dia

Amaran, entry ini amat bahaya untuk korang yang masih perut kosong. 

Assalamualaikum. Tudia awal-awal dah bagi amaran tu, haha.. jangan marah naaa.. nanti kena jual. Bukan apa, kita yang menulis entry nie pun dah mula berkeroncong perut, baru upload gambar, belum tulis review US Pizza lagi. Nampak gaya nak kena order US Pizza lagilah lunch hari ini.

US Pizza Sri Gombak

US Pizza betul ke sedap? Nak tahu pizza sedap ke tak, tengok kat topping dia | Siapa dah pernah makan US Pizza? cer komen kat bawah nanti yer. Sedap ke tak? Bagi yang dah rasa comfirm nak repeat lagi. Lagi pun boleh order online atau walk in. Kita pun pertama kali nak merasai US Pizza nie, pilih outlet terdekat kononnya, padahal kat Sg. Buloh pun ada. Apa boleh buat, tak habis search. Rupanya yang kat Sg. Buloh baru dibuka waktu tu. Tak pelah, lepas nie lagi senang nk repeat.

Deco dalam outlet pun nice, rasa macam kat US

Ada banyak juga menu-menu pizza dengan topping yang best2 dan sedap. Topping US Pizza memang unik dan tak dapat di mana-mana. Nak tahu Fiza order apa? 

Sambal Petai Pizza
Golden Ocean Salted Egg Pizza
Cheese Boat Pizza
Sambal Petai Pizza (without petai)
Mushroom soup
Garlic twist
Milkshake and Chocolate Shake

Sampai, cuma otw tiada dalam gambar nie Sambal Petai Pizza


Tengok memang banyakkan. Mana tak nya, bila tengok menu jadi rambang mata, tengok pula Sambal Petai Pizza, dengan bau petainya, terbaik sunggu rasa sambal. Memang kena la dengan selera.

Sementara tunggu pizza2 sampai, mula-mula kita rasa lah garlic twist cicah mushroom soup, pekat elok soup dia. Lepas itu, dapat tengok staf dorang sediakan Cheese boat pizza.. memang panjang cheese tu dia tarik. Datang pizza petai, itu yang paling menyelerakan, bau dia pun dah buat craving teruk.

Mushroom soup

Garlic twist

Cheese Boat Pizza

Sambal Petai Pizza (without petai)

Golden Ocean Salted Egg Pizza

Sambal Petai Pizza

Milkshake and Chocolate Shake


Suasana makan kat US Pizza memang best. Suggest Fiza order jer online pun tak de hal. Amacam lapar tak, jom la order sekarang.


Post a Comment

2 Comments

  1. cheese boat tu nampak mengancam..haha.. sedap2 menu tu nampak

    ReplyDelete
  2. memang terliur walaupun perut dah diisi. Pernah makan US Pizza tapi bukan topping sambal petai. memang rare

    ReplyDelete