Review Ezerra Baby Skincare, bantu kurangkan gatal dan kerengsaan kulit bayi

Assalamualaikum. Musim cuaca yang tak menentu nie bukan buat kulit kita orang dewasa sahaja kering, kulit anak pun sama. Bagi bantu mengurangkan masalah ini, Fiza gunakan produk Ezerra Baby Skincare, penjagaan untuk kulit bayi kering dan gatal.


Review Ezerra Baby Skincare, bantu kurangkan gatal dan kerengsaan kulit bayi | Ezerra adalah jenama yang dipercayai oleh profesional perubatan seperti pakar pediatrik dan pakar dermatologi pediatrik. Kebanyakkan ibu bapa juga telah memberikan review dan feedback yang sangat baik di media sosial.


Rata-rata ibu bapa setuju Ezeraa memberikan smooth touch sensation selepas menggunakan cleanser, tiada iritasi serta selamat untuk digunakan di muka bayi. Untuk Huwainaa, Fiza sediakan Ezerra Extra Gentle Cleanser dan Ezerra Cream. Ia membantu:

membersihkan dan melembapkan kulit secara serentak sambil mengekalkan keadaan kulit yang sihat.
melegakan kegatalan
mengurangkan kegatalan pada kulit bayi.


Ezerra Extra Gentle Cleanser


Pembersih yang dirumus khas untuk kulit kering dan gatal-gatal, Ezerra Extra Gentle Cleanser bebas SLS / SLES dan 3 kali lebih lembut berbanding pencuci lain di pasaran. Sama selamatnya dengan air untuk membersihkan kulit yang paling sensitif tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi. Boleh digunakan setiap hari.


Ezerra Cream


Krim yang dirumus khas untuk kulit kering dan gatal-gatal, Ezerra Cream memberikan kelegaan dengan formulasi yang diperkaya dengan bahan-bahan utama semula jadi untuk melegakan kegatalan untuk kulit lembut bayi.

Bebas wangian dan sesuai untuk penggunaan lama pada bayi yang berumur 2 minggu. Gunakan ini sebagai rawatan tempat yang gatal dan untuk merawat keadaan kulit kering.


Comel teddy bear Ezerra

Siap dapat tote bag

Kulit bayi terutamanya memang sangat sensitif, bagi menyelamatkan kulit halus bayi dari kerengsaan, pastikan bahan-bahan yang ada dalam mandian bayi selamat. Cara mandikan bayi adalah dengan air suam, waktu mandi tidak lebih dari 15 minit dan juga mandi sebelum tidur.

Diuji selamat dan tidak mudah teriritasi pada kulit ,tiada steroid dan sesuai untuk penggunaan lama pada bayi yang berumur 2 minggu. Gunakan Ezerra sebagai pembersih harian untuk mandi dan selepas mandi.

Formulasi uniknya juga 100% natural, 100% selamat dan 100% baik untuk bayi dan anak.

Boleh beli terus di Shopee --> Shopee Ezerra 


#ezerramalaysia #babycare #momblogger #kbba9 #fizaizawadotcom #dailyinfluencer

Post a Comment

0 Comments