Review Safi Perfect White Crystal | Essence nie lain dari yang lain

Assalamualaikum. Sunyi je office kita pagi ini walaupun jam dah hampir pukul 11 pagi. Hari ini giliran Fiza masuk pejabat. Jadinya dah tiada kemeriahan seperti dulu. Tak dapat bersembang dengan rakan sepejabat. Sekarang ini nak bertemu pun susah sebab masing-masing giliran kerja tidak sama. Sambil-sambil kerja, kita layan lagu Bruno Mars, rasa sentimental je. Dah-dah habis ngomel, kita sambung review sikit la pagi nie kan. 


Review Safi Perfect White Crystal | Essence nie lain dari yang lain | Kalau ikutkan jenama SAFI nie memang dah jadi skincare yang paling utama yang Fiza akan dapatkan. Kalau korang yang suka baca review-review yang Fiza buat sebelum ini, mesti akan tahu betapa banyak review produk SAFI yang Fiza dah tulis. Boleh cari je kat search option, tulis SAFI. 


Safi Perfect White Crystal, jenis essence yang paling Fiza suka setakat ini. Mana taknya, ianya tiada bau langsung. Itu yang Fiza paling suka kalau nak gunakan apa-apa serum atau essence. Efek paling cepat, sapu je, essence ini serta merta serap kedalam kulit dan berikan efek glowing. Semuanya serta merta tau. 

Pendek kata, tidak berminyak, cepat serap dan berikan keanjalan kulit serta merta. Memang best. Mesti ada yang tertanya-tanya, betul ke nie.


Betul sangat sebab untuk kali ini Safi Perfect White Crystal didatangkan dengan formula cecair jernih Crystal Petals dan khasiat Kakadu Plum mampu bantu berikan 100 kali Vitamin C sekaligus menjadikan kulit lebih cerah dan radiant glow.


Kalau nak tahu Kakadu Plum adalah buah Australia yang kaya dengan vitamin C dan mineral lain yang mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia juga mempunyai banyak nutrien lain, seperti Fiber, Copper,  Zink, Magnesium,  Folat,  Kalsium dan Vitamin E. Ini yang Fiza baca mengenai Kakadu Plum. Jadinya ia sangat bagus untuk bantu sihatkan kulit wajah kita. 



Kan dah dapat Crystal clear skin dan glowing skin ala KPop artis gitu. Harga pun mampu milik. Ada saiz 35ml dan 100ml.

Boleh didapati di semua farmasi seluruh negara, online kat shopee pun boleh tau, direct link ---> Safi Perfect White Crystal 

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments